KUALA LUMPUR: Pakar pembinaan Haily Group Berhad telah memperoleh kontrak bernilai RM52.30 juta daripada Meridin East Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Haily Construction Sdn Bhd untuk membina 283 unit rumah teres dua tingkat.
Meridin East merupakan anak syarikat milik penuh pemaju perumahan Mah Sing Group Bhd (Mah Sing).
Dalam satu kenyataan hari ini, Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.
"Dengan pemerolehan projek terbaharu ini, perolehan nilai kontrak kami pada masa ini membabitkan 24 projek yang sedang berjalan dengan jumlah nilai kontrak RM593.31 juta, yang mana dijangka siapsecara berperingkat antara 2023 dan 2024," kata Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group See Tin Hai.
Kerja-kerja itu melibatkan pembinaan 283 unit rumah teres bersaiz 20 kaki x 70 kaki di Parcel 1C pembangunan Meridin East. Meridin East ialah perbandaran bersepadu terbesar Mah Sing di Gerbang Timur Iskandar Malaysia, Johor.
Kumpulan itu bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembangunan, mekanikal dan elektrikal, infrastruktur dan landskap untuk keseluruhan projek.
Di bawah fasa pertama, Haily akan membina sejumlah 128 unit rumah teres dua tingkat termasuk dua rumah contoh melibatkan nilai kontrak RM23.82 juta. Fasa kedua melibatkan pembinaan sejumlah 155 unit rumah teres dua tingkat dengan nilai kontrak RM28.48 juta.
Kedua-dua fasa akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh bermulanya projek.
Fasa satu dijangka bermula selewat-lewatnya pada 31 Mac, 2023 manakala fasa dua dijangka bermula tidak lewat dari 30 Sept, 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022

Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing
Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.