KUALA LUMPUR: Hak keistimewaan Bumiputera tidak akan terjejas sekiranya kerajaan meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), tegas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, dasar dan hak keistimewaan Bumiputera merupakan salah satu tunjang Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan dasar tersebut di dalam mana-mana perjanjian antarabangsa.
Terdapat pelbagai pengecualian dan fleksibiliti berkaitan hak-hak Bumiputera di bawah Perjanjian CPTPP, antaranya bagi perolehan kerajaan, pemberian subsidi dan pengeluaran lesen atau permit khas.
“Sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak keistimewaan Bumiputera akan terus terpelihara walaupun kerajaan meratifikasi Perjanjian CPTPP.
“Peruntukan melindungi hak-hak keistimewaan ini terkandung dalam Annex II Non-Conforming Measures di bawah Perjanjian CPTPP,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Azmin berkata bagi perolehan kerajaan, perjanjian CPTPP telah memberikan kelonggaran dan fleksibiliti yang membolehkan kerajaan terus membantu membangunkan syarikat-syarikat tempatan dan Bumiputera.
Katanya, antara kelonggaran yang diberikan adalah kerajaan dibenarkan untuk memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada nilai kontrak perolehan kepada kontraktor Bumiputera.
Di samping itu, nilai ambang (threshold) yang ditetapkan bagi perolehan kerajaan untuk sektor pembinaan adalah tinggi berbanding negara-negara anggota lain, yang mana kontraktor-kontraktor Gred G1 sehingga Gred G6 tidak tertakluk kepada komitmen di bawah Bab Perolehan kerajaan.
“Fleksibiliti-fleksibiliti seperti ini akan memastikan syarikat-syarikat tempatan tetap dilindungi dan boleh terus terlibat di dalam perolehan kerajaan walaupun perjanjian CPTPP dikuatkuasakan oleh Malaysia,” katanya.
Beliau berkata syarikat milik kerajaan masih boleh terus melaksanakan agenda pembangunan sosio-ekonomi mereka walaupun CPTPP telah berkuat kuasa.
“Keutamaan bagi pembelian barangan dan perkhidmatan boleh terus diberikan kepada pembekal-pembekal Bumiputera termasuk perusahan kecil dan sederhana (PKS) dan juga entiti dari Sabah dan Sarawak sehingga meliputi 40 peratus daripada bajet tahunan syarikat milik kerajaan.
“Bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) pula, kesemua entiti ini boleh membuat pembelian barangan dan perkhidmatan daripada pembekal-pembekal Bumiputera sehingga 100 peratus,” tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021

Menurut Azmin, terdapat pelbagai pengecualian dan fleksibiliti berkaitan hak-hak Bumiputera di bawah Perjanjian CPTPP, antaranya bagi perolehan kerajaan, pemberian subsidi dan pengeluaran lesen atau permit khas. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.