KUALA LUMPUR: Ekonomi gig antara segmen baharu pekerjaan yang menjadi pilihan ramai susulan pelbagai kesukaran perlu dihadapi era pandemik COVID-19.
Turut dikenali sebagai ‘ekonomi platform’, ‘ekonomi atas permintaan’ dan ‘ekonomi bersama’, ia merujuk kepada permintaan dan penawaran perkhidmatan jangka pendek atau berdasarkan tugas.
Kemampuannya dalam memberikan fleksibiliti masa kerja, halangan rendah untuk menyertai serta memberikan pendapatan agak lumayan dalam masa singkat antara faktor berlakunya peningkatan.
Bagaimanapun, timbul perdebatan mengenai keselamatan pendapatan yang dijana serta kurangnya perlindungan sosial diberikan kepada pekerja yang menceburinya.
Pun begitu, kerajaan mula mengambil inisiatif dengan memberikan insentif menerusi pakej rangsangan ekonomi membabitkan kebajikan pekerjanya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Ia memperuntukkan geran padanan berjumlah RM50 juta bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Persoalannya, adakah ia mencukupi bagi menampung jumlah pekerjanya yang semakin meningkat saban hari?
Bagaimana pula dengan trend semasa, landskap dan statusnya? Apakah Akta Kerja 1955 yang sedia ada boleh diguna pakai dan memadai bagi ekonomi tersebut?
Benarkah dakwaan bahawa pekerja gig dianggap sebagai pekerjaan berkemahiran rendah, bergaji rendah dan kurang mobiliti sosioekonomi?
Apakah sudah ada perkara yang harus dipertimbangkan untuk mendidik masyarakat, khususnya golongan muda mengenainya?
Semua itu akan dikupas dengan menyertai diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S29 membincangkan isu “Are We Seeing A New Era of Work? The Meaning of Gig Economy and Its Repercussions for Policy” pada 24 Mac ini, jam 2 petang.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com.
Panel yang akan menyertai sesi dikendalikan oleh Penyampai Astro AWANI, Nailah Huda ialah Pengarah Penyelidikan The Centre, Nelleita Omar; Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Norma Mansor; Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh dan Pengarah Urusan Red Communications, Lina Tan.
Ehsan A Marisah
Sun Mar 21 2021
Perkembangan ekonomi gig didorong oleh fleksibiliti masa kerja, halangan rendah untuk menyertai serta memberikan pendapatan agak lumayan dalam masa singkat berbanding pekerjaan tetap. - Foto BERNAMA
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Sektor gig: RUU akta baharu dijangka dibentang hujung tahun - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan.
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap percepatkan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia
Mohd Sharkar berharap perkara tersebut termasuk dalam pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025.
Tambah baik kebajikan pekerja sektor tidak formal akan terus jadi keutamaan kerajaan
Kerajaan peruntukkan RM100 juta untuk geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri menerusi Perkeso.
Permintaan tinggi khidmat jurugaya tudung, buka peluang kerjaya baharu
Nursalihah Ahmad berkata dia mula menerima permintaan untuk mendandan pelanggan apabila pengikut di media sosial yakin dengan bakat dan kemahirannya yang dikongsi di platform tersebut.
Landskap pekerjaan Malaysia alami anjakan signifikan, lebih anjal - Deel
Landskap pekerjaan Malaysia mengalami anjakan signifikan ke arah bentuk bukan tradisional, termasuk elemen gig yang bercirikan pekerjaan sambilan dan lebih anjal.
Grab Malaysia sokong matlamat kerajaan bina negara kalis masa depan
Grab Malaysia dedikasi meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya rakan melalui inisiatif seperti GrabAcademy dan kerjasama strategik.
Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing
Kata mereka keadaan itu berlaku berikutan kadar upah dikurangkan daripada RM10 pada 2020 kepada RM5 sekarang bagi setiap perjalanan.
PAU2023: UMNO jamin terus perjuang kebajikan pekerja gig - Ahmad Zahid
UMNO berjanji akan terus memperjuang kebajikan dan hak pekerja sektor ekonomi gig di seluruh negara.
Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pelajar perlu didedahkan kepentingan progres dalam kerjaya - Pandai Education
Penting untuk pelajar-pelajar didedahkan mengenai progres dalam kerjaya sebelum memilih sebarang pekerjaan untuk diceburi.