KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum kenaikannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ini, dipacu oleh peralihan minat pelabur terhadap mata wang negara pesat membangun serta kenaikan harga minyak global, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, unit tempatan itu meningkat kepada 4.2260/2310 berbanding dolar AS daripada 4.2450/2465 pada akhir urus niaga semalam.
Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global itu menokok 0.26 peratus kepada US$87.70 setong.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mungkin mempertahankan sentimen positif itu di masa depan susulan jangkaan peningkatan pelancong China yang turut memacu sektor pelancongan dan perkhidmatan Malaysia.
Selain itu, aliran masuk modal juga dijangka ketara apabila pelabur terus bertumpu ke pasaran Asia.
"Data percutian dan libur yang ketara di China seperti dipaparkan semalam adalah sesuatu yang positif. Walaupun ini akan memacu perkembangan positif, saya berpendapat pasaran masih perlu melihat peningkatan data penggunaan di China sebelum pergerakan itu dapat turun di bawah paras 4.20," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Pesanan Barangan Tahan Lama Utama AS juga lebih tinggi daripada jangkaan yang cenderung meningkatkan dolar AS manakala keluaran dalam negara kasar AS juga di paras lebih tinggi daripada jangkaan iaitu pada 2.9 peratus berbanding unjuran 2.6 peratus.
"Ini petanda bahawa ekonomi AS lebih baik daripada unjuran sebelum ini dan cenderung untuk menaikkan lagi dolar AS," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2235/2278 daripada 3.2345/2359 pada akhir urus niaga semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.2466/2528 daripada 5.2583/2601 sebelum ini.
Unit tempatan itu turut meningkat berbanding euro kepada 4.6038/6093 daripada 4.6254/6270 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2595/2639 daripada 3.2671/2685.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Pada 9 pagi, unit tempatan itu meningkat kepada 4.2260/2310 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.