KUALA LUMPUR: Affin Hwang Investment Bank menjangkakan kadar tiket harian bagi taman tema Genting Skyworlds yang dijangka dibuka suku pertama tahun ini adalah sekitar RM200.
Firma penganalisis itu berkata, berkata, taman tema berkenaan mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari, namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari.
"Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti yang dikurangkan, kami percaya taman hiburan ini berkemungkinan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal.
"Bagaimanapun, pada pandangan kami Genting Malaysia (Genting) masih akan meneruskan pembukaannya, kerana objektif utama taman hiburan ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland, dengan menambah baik kemudahan bukan perjudian," katanya dalam nota penyelidikannya di sini pada Sabtu.
Tambah Affin Hwang, apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun sebanyak 6,600 sehari atau 2.4 juta pengunjung pada tahun 2014.
Ia berkata, berdasarkan petunjuk pengurusan sebelum ini, bayaran masuk akan menyamai dengan pesaingnya yang lain.
"Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari," katanya.
Dalam pada itu Affin Hwang berkata, walaupun taman tema baharu itu dijangka memberi rangsangan kepada jumlah lawatan secara keseluruhannya, ia meragui Genting Skyworlds akan menjadi pemangkin penarafan semula untuk saham.
Katanya, ini memandangkan kebanyakan penganalisis dan pelabur mengambil kira kesan daripada pembukaan dalam kiraan mereka, apabila pengurusan sebelum ini sudah memberi panduan bahawa mereka mula melakukan ujian di taman tema itu sejak suku keempat 2021.
"Bagaimanapun, mungkin terdapat risiko kepada harga sahamnya jika taman tema ini ditangguhkan pembukaannya selepas separuh pertama 2022, kerana ia akan melembapkan sentimen pelabur terhadap saham GENM," katanya. -DagangNews.com
Dagang News
Sat Jan 22 2022
Affin Hwang Investment Bank menjangkakan kadar tiket harian bagi taman tema Genting Skyworlds yang dijangka dibuka suku pertama tahun ini adalah sekitar RM200. -Dagang News
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Tiada rancangan bina taman tema di Cameron Highlands - MB
Isu pembinaan taman tema di Cameron Highlands tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Pemilik restoran buat laporan polis dakwa gelang merah jambu dari taman tema
Satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh.
Enam remaja tercampak keluar dari permainan taman tema, seorang patah kaki
Remaja yang tercampak dari permainan tersebut mengalami kecederaan dan telah digegaskan ke hospital di wilayah Lopburi.
Kerajaan P.Pinang didesak beri maklumat tepat penutupan WWW - Pemuda Gerakan
Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri dan Taman Tema Wet World Wide memberi maklumat tepat dalam isu penutupan taman tema itu.
Taman Legoland pertama di Asia dibuka
Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia dibuka kepada orang ramai 15 September.