Ringkasan AI
- Honda Motor Co dan Nissan Motor Co membatalkan rancangan penggabungan mereka selepas rundingan gagal, walaupun pelan itu sepatutnya menjadikan mereka kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
- Walaupun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain, termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan.
- Pada Disember lalu, kedua-dua syarikat merancang untuk memuktamadkan rundingan menjelang Jun 2025 dan menubuhkan sebuah syarikat induk menjelang 2026 untuk menyelia operasi jenama masing-masing, dengan tujuan mengurangkan kos dan meringankan beban kewangan dalam pembangunan kenderaan elektrik dan perisian.
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
Meskipun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, iaitu rakan kongsi Nissan, menurut kenyataan syarikat berkenaan.
Pada Disember lalu, kedua-dua syarikat merancang untuk memuktamadkan rundingan menjelang Jun 2025 dan menubuhkan sebuah syarikat induk menjelang 2026, yang akan menyelia operasi jenama masing-masing.
Penggabungan itu dijangka dapat mengurangkan kos serta meringankan beban kewangan dalam pembangunan kenderaan elektrik dan perisian, sekali gus membolehkan mereka bersaing dengan pesaing global seperti Tesla Inc dan BYD Co.
Ketika pengumuman dibuat, Honda menetapkan pemulihan operasi Nissan sebagai syarat utama perjanjian itu.
Kedua-dua syarikat pada asalnya bercadang untuk mengumumkan butiran lanjut mengenai perkongsian mereka pada akhir Januari tetapi menangguhkan pengumuman itu ke pertengahan Februari.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)