Hutang industri penerbangan boleh meningkat kepada AS$550 bilion (AS$1 = RM4.36) menjelang akhir tahun, kenaikan 28 peratus atau AS$120 bilion lebih tinggi berbanding jumlah dicatatkan pada awal tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ia berkata secara keseluruhan, kerajaan telah memberikan komitmen kewangan sebanyak AS$123 bilion untuk membantu syarikat penerbangan bertahan akibat krisis penularan COVID-19.
"Daripada jumlah itu, AS$67 bilion perlu dibayar balik. Sebahagian besar baki itu terdiri daripada subsidi upah (AS$34.8 bilion), pembiayaan ekuiti (AS$11.5 bilion), dan pengecualian cukai atau subsidi (AS$9.7 bilion).
"Ini sangat penting bagi syarikat penerbangan yang dijangka akan menggunakan wang tunai kira-kira AS$60 bilion pada suku kedua 2020 sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan telah membantu memastikan industri ini tetap bertahan, tetapi lebih dari separuh bantuan yang diberikan kerajaan menghasilkan liabiliti baharu.
"Kurang daripada 10 peratus akan menambah ekuiti syarikat penerbangan. Ini mengubah landskap kewangan industri penerbangan sepenuhnya," katanya.
Menurut de Juniac, melunaskan hutang yang ditanggung oleh kerajaan dan pemberi pinjaman persendirian bererti krisis itu akan berlanjutan lebih lama daripada masa yang diperlukan untuk permintaan penumpang kembali pulih.
"Masa depan yang sukar berada di hadapan kita. Mencegah COVID-19 dan bertahan daripada kejutan kewangan hanyalah rintangan pertama. Langkah kawalan pasca wabak itu akan melibatkan kos operasi yang lebih tinggi.
"Dan pelaburan diperlukan untuk memenuhi sasaran persekitaran kita. Selain itu, syarikat penerbangan perlu membayar hutang yang besar akibat daripada bantuan kewangan. Setelah bertahan daripada krisis itu, pemulihan kewangan akan menjadi cabaran seterusnya bagi kebanyakan syarikat penerbangan," katanya.
Bagaimanapun, IATA berkata kebanyakan syarikat penerbangan masih memerlukan bantuan kewangan, bantuan kerajaan dapat mempengaruhi kepantasan dan kekukuhan pemulihan industri tersebut.
Sehubungan itu, ia meminta kerajaan yang masih mempertimbangkan untuk pemberian bantuan kewangan untuk menumpukan perhatian kepada langkah-langkah bagi membantu syarikat penerbangan meningkatkan pembiayaan ekuiti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 26 2020

IATA meminta kerajaan yang masih mempertimbangkan untuk pemberian bantuan kewangan untuk menumpukan perhatian kepada langkah-langkah bagi membantu syarikat penerbangan meningkatkan pembiayaan ekuiti.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kerajaan, industri perlu bersedia bagi edaran vaksin COVID-19 - IATA
Penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global.

IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat
IATA menggalakkan pelaksanaan pendekatan berperingkat bagi mengurangkan risiko import COVID-19 menerusi perjalanan udara.

Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).

Hutang industri penerbangan akan naik kepada AS$550 bilion menjelang akhir tahun - IATA
Secara keseluruhan, kerajaan telah memberikan komitmen kewangan sebanyak US$123 bilion untuk membantu syarikat penerbangan bertahan akibat krisis penularan COVID-19.

Mac bulan bencana sektor penerbangan kerana permintaan penumpang jatuh mendadak - IATA
Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019.

COVID-19 menyebabkan permintaan, perolehan syarikat penerbangan susut - IATA
Krisis COVID-19 akan menyaksikan perolehan penumpang bagi syarikat penerbangan menyusut US$314 bilion pada 2020, iaitu pengurangan 55 peratus berbanding 2019.

Permintaan penumpang, faktor muatan 2017 kukuh - IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti meningkat 6.4 peratus dan faktor muatan meningkat 1.1 mata peratus kepada 80.6 peratus.

Syarikat penerbangan Asia-Pasifik dijangka catatkan keuntungan dalam 2018
Peningkatan dalam pasaran kargo telah memberikan sokongan kepada rantau ini memandangkan Asia-Pasifik mencatatkan 37 peratus daripada keseluruhan jumlah kargo dunia, kata IATA.

IATA jangka syarikat penerbangan bawa 3.8 bilion penumpang tahun ini
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangka 265 syarikat penerbangan anggotanya akan membawa kira-kira 3.8 bilion penumpang dan 50 juta tan kargo pada tahun ini.

IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara
Ketua Pengarah IATA berkata langkah ini perlu berikutan jangkaan pertumbuhan kukuh perjalanan udara di rantau ini.