KUALA LUMPUR: Hutang kerajaan masih di bawah had statutori mengikut undang-undang dan definisi hutang statutori yang tidak pernah berubah sejak tahun 2009.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau terpanggil untuk menjawab isu berkaitan hutang negara kerana ramai pihak yang membangkitkan isu berkenaan.
"Had statutori yang selalu disebut-sebut adalah had statutori untuk instrumen hutang yang diterbitkan kerajaan, iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB).
"Jenis-jenis hutang yang dikira di bawah had statutori ini adalah di bawah Akta yang digunapakai oleh kerajaan sejak 2009 lagi, bukan terjemahan saya seorang.
"Dalam kata mudah, definisi hutang statutori tidak pernah berubah dari tahun 2009," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-46 menerusi Facebook, di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Zafrul berkata, jumlah hutang bagi tiga instrumen terbitan kerajaan pada akhir Disember 2020 adalah 58 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Pada akhir Februari 2021, jumlah hutang adalah 54 peratus daripada KDNK dan dijangka mencecah 58.5 peratus pada akhir tahun ini. Jadi, masih belum melepasi had hutang statutori 60 peratus," katanya lagi.
Tengku Zafrul berkata, instrumen hutang lain pula mempunyai had statutori masing-masing dan kesemuanya masih di bawah had Akta iaitu RM35 bilion untuk pinjaman luar negeri dan RM10 bilion untuk hutang Bil Perbendaharaan Malaysia.
Dalam pada itu, beliau berkata dalam keadaan ekonomi biasa, kerajaan perlu mengimbangi di antara perbelanjaan untuk rakyat dan kadar hutang negara.
"Apabila negara berada dalam krisis ekonomi, keperluan perbelanjaan untuk rakyat akan lebih besar menyebabkan paras hutang juga meningkat.
"Ekoran itu, kerajaan meletakkan kepentingan untuk membantu rakyat sebagai keutamaan, termasuk dengan menyuntik sejumlah RM340 bilion ke dalam ekonomi melalui beberapa siri pakej rangsangan," jelasnya.
Beliau memberitahu, walaupun ia menaikkan hutang negara, namun ia masih tidak melepasi had statutori seperti yang dijelaskan.
Pada masa sama, tambahnya, Kementerian Kewangan akan terus memantau hutang negara bagi memastikan ia terkawal bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan agensi antarabangsa.
"Tanpa keyakinan mereka, rakyat akan terkesan dengan pelbagai kesan negatif seperti kurangnya pewujudan pekerjaan dan peluang perniagaan," katanya.
Tengku Zafrul menambah, terdapat hutang yang baik dan hutang yang buruk, yang mana hutang baik adalah seperti pinjaman diambil kerajaan untuk menampung kos inisiatif membantu rakyat dan menyelamatkan pekerjaan.
Katanya, pinjaman bagi membangunkan infrastruktur untuk rakyat seperti lebuh raya dan kemudahan awam lain juga adalah contoh hutang yang baik.
"Apa pula hutang yang buruk? Hutang yang buruk adalah hutang yang tidak membawa sebarang faedah ekonomi atau manfaat untuk rakyat hari ini.
"Ada sebahagian hutang yang perlu kerajaan urus hari ini disebabkan bebanan hutang legasi. Walaupun hutang ini bukan hutang yang dibuat kerajaan hari ini, tetapi ia tetap hutang yang perlu kita uruskan. Kesannya memang besar tetapi kita cuba uruskan.
"Ini bukan alasan kerajaan untuk tidak berbelanja untuk rakyat. Saya harap ini dapat menjawab soalan beberapa pihak," katanya.
Astro Awani
Wed Mar 24 2021
![Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611230082_tengkuzafrul.jpg)
Tengku Zafrul sekali lagi menegaskan had hutang statutori masih belum melepasi paras 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). - Gambar fail
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin
Menurut kenyataan kementerian luar mesir, negara itu menentang sekeras-kerasnya kenyataan beberapa anggota kerajaan Israel baru-baru ini mengenai rancangan untuk mengusir rakyat Palestin.
Sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta tumpas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam berjumlah RM4.45 juta dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah, Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan.
Grab-GoTo: Antara kuasa pasaran dan manfaat pengguna
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan, serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.
Hati hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Masyarakat disaran untuk berhati-hati dengan fenomena budaya memboikot seseorang individu atau cancel culture yang seringkali diamalkan di platform media sosial.
Hindari jurang generasi dengan komunikasi efektif
Kaedah komunikasi yang efektif untuk berbicara dengan pelbagai generasi termasuk golongan generasi z perlu diamalkan agar sebuah persefahaman dapat dibentuk.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Nurul Afreen Naquiah Haminudin pendekatan itu berupaya membina keharmonian, sekaligus dapat menghindari salah faham di antara generasi.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Nurul Afreen Naquiah Haminudin pendekatan itu berupaya membina keharmonian, sekaligus dapat menghindari salah faham di antara generasi.
Kenderaan berat : dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
LLM memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb.
![Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611230082_tengkuzafrul.jpg)
Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul
Definisi hutang statutori negara tidak pernah berubah sejak 2009, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.