KUALA LUMPUR: Langkah hijau ke hadapan untuk kita semua. Itu menjadi konteks hala tuju jelas jenama kecantikan Garnier dalam usaha memperkasakan industri kecantikan yang lebih lestari demi kemampanan dunia masa hadapan.
Sebagai jenama kecantikan semulajadi terkemuka, inisiatif diterajui tersebut berpeluang membantu mewujudkan kesan positif ke arah kecantikan lestari yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan komuniti.
Bagi usaha tersebut Garnier menggariskan lima langkah kelestarian keterlibatan jenama berkenaan iaitu lebih banyak penyumberan perpaduan, formula yang lebih hijau dan lebih bersih, lebih banyak pembungkusan dikitar semula dan boleh dikitar semula, lebih banyak tenaga boleh diperbaharui serta lebih banyak tindakan untuk memerangi pencemaran plastik.
Lebih banyak penyumberan perpaduan (solidarity sourcing)
Garnier menyasarkan sebanyak 800 komuniti terlibat atau menjadi sebahagian daripada program penyumberan bahan jenama tersebut menjelang tahun 2025 berbanding 670 komuniti ketika ini.
Program tersebut memberi mereka yang biasanya tidak tidak berada dalam pasaran kerja akses kepada pekerjaan dan pendapatan yang lestari.
Komitmen ini melibatkan usaha amalan perdagangan wajar di sepanjang rantaian bekalan, berusaha menyokong dan memperkasakan petani dan pekerja dalam membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan dan mata pencarian.
Formula lebih hijau dan bersih
Menjelang tahun 2025, Garnier akan mencipta formula baharu berprestasi tinggi yang dikuasakan oleh Green Sciences, seperti bioteknologi khusus untuk penjagaan rambut dan kulit pengguna.
Menurut jenama berkenaan, pada tahun 2019, formula baharu syampu dan penjagaan rambut Garnier mencapai purata 91 peratus terbiodegradasikan (merujuk kepada OECD 301 atau ujian-ujian setara).
Lebih banyak pembungkusan yang dikitar semula & boleh dikitar semula
Seratus peratus pembungkusan dihasilkan daripada plastik yang dikitar semula menjelang tahun 2025!
Itu menjadi sasaran Garnier yang mana Langkah tersebut sekali gus menjimatkan sebanyak 37,000 tan plastik asli.
Jenama itu turut melancarkan tiub generasi pertama yang menggabungkan kadbod untuk penjagaan kulit organik dan syampu buku pertama dengan pembungkusan plastik sifar.
Inisiatif berkenaan telah berlangsung pada akhir 2020 yang mana semua botol fructis akan diperbuat daripada plastik dikitar semula.
Lebih banyak tenaga boleh diperbaharui
Bagi menyokong kepada usaha berkenaan, menjelang tahun 2025, 100 peratus tapak perindustrian Garnier akan mengamalkan neutral karbon dengan hanya menggunakan tenaga boleh diperbaharui sahaja.
Untuk makluman, sepanjang 15 tahun lalu, syarikat mengurangkan penggunaan air di tapak perindustrian sebanyak 45 peratus dan pelepasan CO2 sebanyak 72 peratus.
Perkara berkenaan berjaya dijalankan menerusi reka bentuk bangunan dan penebatan yang baik serta penggunaan teknologi cekap tenaga bagi proses perindustrian.
Lebih banyak tindakan untuk memerangi pencemaran plastik
Hari ini lebih 350 juta tan daripada semua jenis plastik dihasilkan setiap tahun dan hanya 20 peratus sisa bahan itu dikitar semula di seluruh dunia, manakala selebihnya menjadi sisa buangan sehingga mencemarkan alam sekitar.
Selain menyumbang kepada perubahan iklim pencemaran plastik turut membahayakan hidupan liar dan ekosistem semula jadi.
Untuk memberi kesan positif melangkaui industri kecantikan, Garnier telah menjalin kerjasama dengan Ocean Conservancy, sebuah badan bukan kerajaan yang berusaha mengubah ‘gelombang plastik lautan’ selama lebih daripada 30 tahun.
Garnier turut menggerakkan seramai 355 pekerjanya di seluruh negara bersempena hari pembersihan Pantai Antarabangsa.
Dalam pada itu, mengangkat semangat sama terhadap komuniti, Garnier dalam sebuah majlis dianjurkan baru-baru ini turut menyatakan komitmennya dalam mengurangkan sisa plastik bagi masa depan lebih hijau selain turut mengumumkan untuk akan terus bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
Usahasama tersebut adalah untuk meningkatkan lagi program di peringkat sekolah iaitu Kecantikan Hijau atau Green Beauty kepada 1,000 lagi buah sekolah di seluruh Malaysia berbanding 682 buah sekolah ketika ini.
Dilancarkan pada tahun lalu, program ini membantu memupuk Hero Hijau dalam kalangan generasi baharu dengan menerapkan tabiat 3R – Recycle (Kitar Semula), Reduce (Kurangkan) & Reuse (Guna Semula) – dalam kalangan pelajar.
Garnier turut menderma lebih 600 tong kitar semula kepada sekolah-sekolah terbabit sebagai langkah permulaan, dengan fokus utamanya ialah memastikan setiap sekolah mempunyai tong kitar semula pada masa akan datang.
Garnier percaya bahawa setiap langkah hijau yang diambil amat penting bagi memastikan tercapainya sasaran ‘One School at a Time, One Generation to Another’ (Satu Sekolah pada Satu Masa, Satu Generasi ke Satu Generasi).
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan inisiatif Garnier Malaysia, layari laman web rasmi Garnier atau ikuti Garnier Malaysia di platform Facebook, Instagram serta TikTok.
Haikal Raman
Sat Apr 15 2023

Bagi usaha tersebut Garnier menggariskan lima langkah kelestarian keterlibatan jenama berkenaan termasuk lebih banyak penyumberan perpaduan serta formula yang lebih hijau.

Israel umum ‘sekatan keselamatan’ di al-Aqsa sempena Ramadan
Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid "atas sebab keselamatan."

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Inisiatif Green Beauty, Garnier terus komited terhadap misi jenama kecantikan lestari
Ia menjadi konteks hala tuju jelas jenama kecantikan Garnier dalam usaha memperkasakan industri kecantikan yang lebih lestari demi kemampanan dunia masa hadapan.