BANGKOK: Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Datuk Hasan Azhari Idris berkata SIBS akan diadakan dua kali tahun ini untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, susulan sambutan menggalakkan terhadap SIBS tahun lepas.
"Tahun lepas kami berjaya mencapai nilai transaksi berpotensi kira-kira RM6 bilion, jadi kami yakin mampu mencapai tambahan RM1 bilion tahun ini, dengan siri pertama ditetapkan pada 25 Julai hingga 27 Julai manakala siri kedua akan diadakan mulai 16 Oktober hingga 19 Oktober," katanya kepada Bernama selepas mempromosikan SIBS di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan kira-kira 60,000 pengunjung menghadiri pameran perdagangan itu.
SIBS ialah acara perniagaan tahunan yang diusahakan kerajaan Selangor dan dianjurkan oleh Invest Selangor.
Hasan Azhari berkata dua acara dalam siri pertama pada Julai ini akan menumpukan sektor pelaburan iaitu Ekspo Taman Perindustrian Selangor (Spark) dan Persidangan Perniagaan Asean Selangor (SABC).
Beliau berkata Spark, bertemakan 'Selangor, Gerbang ke Asean,' bertujuan mengetengahkan keupayaan dan daya tarikan Selangor sebagai destinasi pelaburan di rantau Asia Tenggara di samping menyediakan acara sehenti untuk mempamerkan potensi lokasi pelaburan di Malaysia serta di Asia Tenggara.
"Pada masa ini, Spark telah menerima lebih 60 peratus tempahan dan sambutannya sangat positif. Ini mungkin kerana Spark (dapat) menawarkan lokasi pelaburan yang berbeza dan sesuai dalam satu acara.
"Delegasi pelabur dan perniagaan boleh menilai dan membuat perbandingan untuk mencari mana-mana lokasi yang sesuai serta rakan kongsi terbaik untuk projek pelaburan mereka," katanya.
Beliau berkata Spark akan menampilkan lebih 150 syarikat bukan sahaja dari Malaysia malah juga dari negara Asean, dan peserta akan terdiri daripada pelbagai sektor perniagaan.
Hasan Azhari berkata Selangor juga akan mengangkat agenda Asean dalam SABC kerana perkara itu sejajar dengan objektif strategik pertumbuhan ekonomi, kerjasama serantau, sokongan dasar dan peningkatan jenama dalam konteks Asean.
"Selain itu, menjadi kelebihan apabila Selangor melihat Asean sebagai satu ekosistem rantaian bekalan industri yang komprehensif, dengan kita mesti mengakui, sesetengah negara mungkin mempunyai kelebihan daya saing untuk membangunkan bahagian rantaian bekalan industri tertentu, manakala kita menumpukan bahagian rantaian bekalan industri tertentu yang lain.
"Justeru, kerjasama erat penting untuk memastikan Asean secara keseluruhan dapat menarik projek pelaburan ke rantau ini secara kolektif," katanya.
Beliau berkata SABC akan menyediakan platform wacana intelektual untuk pelabur dan komuniti perniagaan lebih memahami saranan nilai setiap negara, sebelum melawat pavilion negara di Spark 2024.
"Gabungan acara ini akan menyediakan topik perbincangan dan peluang rangkaian yang sesuai antara bakal pelabur selain pemimpin perniagaan Asean serta pegawai kerajaan yang menghadiri SABC dan Spark," katanya.
SIBS yang diperkenalkan pada 2015 telah menarik penyertaan pelbagai agensi kerajaan serta peserta industri dan pengunjung perdagangan dari negara luar termasuk China, Singapura, Indonesia, Jepun, Uganda, Vietnam, Kazakhstan, Korea, Turkiye, Kenya dan Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Hasan Azhari berkata SIBS akan diadakan dua kali tahun ini untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, susulan sambutan menggalakkan terhadap SIBS tahun lepas. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.

Sentuhan Tengku Permaisuri Selangor warnai hari ketiga SIBS 2024 siri dua
Tengku Permaisuri Norashikin, mencuri perhatian pada hari ketiga Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua apabila berkenan menyempurnakan demonstrasi masakan.

Invest Selangor lancar Program Perkongsian Makmal, sasar penyertaaan 10 syarikat awal
Invest Selangor Berhad telah mengumumkan pelancaran Program Perkongsian Makmal Selangor yang menyasarkan penyertaan 10 syarikat berasaskan sains hayat menjelang akhir tahun.

SAS 2024 jangka 25,000 pelawat, potensi transaksi RM1.3 bilion
Invest Selangor Berhad menjangkakan potensi transaksi bernilai RM1.3 bilion pada penganjuran SAS 2024 yang akan berlangsung di RAC, Skypark pada 12 hingga 14 September ini.

Selangor perlu manfaatkan pemboleh daya dasar kerajaan untuk capai RM500 bilion KDNK
Dengan itu Selangor dapat mengangkat kedudukan ASEAN sebagai destinasi kegemaran untuk pelaburan terutamanya dalam bidang pembuatan.

Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.

Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.

Invest Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion daripada SAS 2024
Sasaran itu dijangka dapat dicapai disokong dengan saiz acara yang lebih besar dan 30 memorandum persefahaman yang akan dimeterai tahun ini.

Etika, nilai baik bentuk masa depan AI - Forum
Pendidikan awal mengenai etika dan nilai juga penting untuk membentuk masa depan AI.

SIBS 2023 tarik 30,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM4 bilion dalam tiga hari
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang memasuki hari ketiga berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung.