KUALA LUMPUR: IOI Corp Bhd. akan memberi tumpuan kepada penanaman durian membabitkan kawasan seluas 200 hektar dalam tempoh 5 tahun (2020 hingga 2024) dalam usahanya mengurangkan kebergantungan kepada penanaman sawit.
Dalam pembentangan slaid sempena Hari Korporat CGS-CIMB ke-14 secara maya, kumpulan itu turut menyasarkan untuk menanam kelapa di kawasan seluas 5,000 hektar dan 300 hektar dengan tanaman kenaf.
Bagaimanapun, IOI Corp mahu meningkatkan hasil minyak perladangan sebanyak 15% menjelang 2024.
Katanya, sasaran itu boleh dicapai dengan memastikan penggunaan baja yang betul untuk meningkatkan sasaran hasil.
"Kumpulan merancang untuk mengurangkan tenaga kerja lebih daripada 25% dalam tempoh 2 tahun lalu dan meningkatkan produktiviti pekerja ladang sebanyak 3% setiap tahun.
"Di samping itu, IOI Corp. juga mahu meningkatkan jumlah jualan bagi segmen oleokimia sebanyak 15% dan keuntungan sebanyak 25%," katanya seperti dilapor TheEdge pada Rabu.
Pada Februari lalu, syarikat perladangan ini menjangkakan, ia akan menuai hasil nenas MD2 yang banyak serta tanaman kontan lain apabila ia sudah masak.
IOI Corp sebelum ini berkata dengan kecekalan dan kegigihan pasukan Sagil Estate di Tangkak, Johor, 25,000 nanas MD2 telah ditanam setiap bulan sejak Ogos 2020.
Pada suku pertama berakhir 30 September 2021, kumpulan merekodkan untung bersih sebanyak RM277.6 juta, hanya susut sedikit berbanding RM277.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan bagi tempoh itu bagaimanapun meningkat kepada RM3.6 bilion daripada RM2.48 bilion tahun sebelumnya.
Keuntungan bagi segmen perladangan kumpulan dalam suku pertama itu melonjak 78% kepada RM487 juta, manakala segmen pembuatan berasaskan sumber meningkat 16% kepada RM46.1 juta.
Bagi segmen perladangan, IOI Corp. menjangkakan pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah daripada jangkaan awal berikutan kesan cuaca buruk yang timbul daripada fenomena La Nina dan situasi kekurangan buruh yang tidak dapat diselesaikan. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 27 2022

Tanaman durian akan menjadi fokus IOI Corp untuk mengurangkan kebergantungan kepada penanaman sawit. -Gambar fail/Bernama

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

IOI Corp sasar tanam durian di kawasan seluas 200 hektar dalam tempoh 5 tahun
IOI Corp mahu meningkatkan hasil minyak perladangan sebanyak 15% menjelang 2024.

IOI Corp tanam nanas, kelapa, kurangkan kebergantungan kepada hasil sawit
IOI Corp juga merancang mempelbagaikan tanaman bernilai tinggi bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak sawit.