KUALA LUMPUR: Public Investment Bank Research mengekalkan saranan 'neutral' ke atas saham IOI Corp Bhd dengan harga sasaran pada RM4.60 di sebalik kenaikan harga minyak sawit mentah baru-baru ini setelah mengambil kira potensi yang terhad.
Dalam taklimat kepada penganalisis baru-baru ini, kumpulan menjangkakan pengeluaran buah tandan segar adalah kurang memberangsangkan bagi tahun kewangan 2022 disebabkan sasaran tanaman semula yang agresif sekitar 7,100 hektar.
Pada masa sama, katanya, IOI Corp juga merancang mempelbagaikan tanaman bernilai tinggi bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak sawit.
"Kumpulan sudah pun memulakan tanaman nanas di Johor sebagai tanaman kontan di kawasan penaman kelapa seluas 300 hektar.
"Kami memahami nanas dan kelapa adalah tanaman yang mampu menjana keuntungan dan ia mengambil masa sehingga setahun bagi mencapai tempoh matang," katanya dalam nota kajian hari ini.
Selain itu, menurut PublicInvest, IOI Corp juga merancang untuk menambah lagi keluasan tanaman kelapa seluas 1,000 hektar dan 300 hektar bagi kenaf dalam tempoh 2 tahun lagi.
Apabila ia mencapai keluasan kawasan tanaman, kumpulan akan meneroka pelbagai kemudahan pemprosesan untuk memenuhi pasaran.
"Ini kerana selain untuk pasaran tempatan, kelapa juga akan dihantar ke kilang oleokimia di Jerman bagi pemprosesan hiliran.
"Ia juga merancang untuk menukar produk minyak sawit dan pemprosesan sisa terbuang kepada produk bernilai tambah pada kos yang kompetitif," jelasnya lagi.
Firma itu berkata, baru-baru ini, kumpulan telah memberikan kontrak untuk pembinaan kilang kayu sawit di Segamat, Johor untuk menukar batang kelapa sawit menjadi papan dan panel kayu sawit berprestasi tinggi untuk memenuhi pasaran Eropah.
Pada masa sama, kumpulan turut menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan menerusi segmen oleokimia sebanyak RM100 juta apabila pembinaan kilang di Perai, Penang siap pada suku kedua 2022.
Pembinaan kilang ini yang membabitkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM220 juta menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan oleokimia lebih daripada 35% pada tahun kewangan 2021.
"Kilang baharu ini adalah khusus untuk minyak sawit dan minyak isirung berasaskan asid lemak dan glycerine, yang merupakan bahan penting bagi produk penjagaan diri dan kosmetik," katanya.
PublicInvest juga memberitahu, IOI Corp. memperuntukkan capex sebanyak RM500 juta bagi tahun kewangan 2022, meningkat 23% tahun ke tahun.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk tanaman semula dan aktiviti penanaman baharu manakala selebihnya bagi perniagaan oleokimia," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Oct 12 2021

IOI Corp juga merancang mempelbagaikan tanaman bernilai tinggi bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak sawit.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

IOI Corp sasar tanam durian di kawasan seluas 200 hektar dalam tempoh 5 tahun
IOI Corp mahu meningkatkan hasil minyak perladangan sebanyak 15% menjelang 2024.

IOI Corp tanam nanas, kelapa, kurangkan kebergantungan kepada hasil sawit
IOI Corp juga merancang mempelbagaikan tanaman bernilai tinggi bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak sawit.