KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan menyederhana kepada 1.6 peratus daripada angka dua digit pada 15.9 peratus bagi 2022.
Beliau berkata walaupun prestasi menyederhana, ekonomi kekal berdaya tahan terutama melalui perbelanjaan penggunaan akhir swasta yang meningkat sebanyak 6.7 peratus.
"Pertumbuhan ini didorong oleh penambahbaikan sedia ada dalam pekerjaan dan upah melalui pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 bermula Mei 2023," katanya dalam kenyataan media KDNK Kaedah Pendapatan 2023 yang dikeluarkan hari ini.
Statistik pendapatan yang dijana daripada pengeluaran dalam ekonomi merangkumi tiga komponen utama iaitu pampasan pekerja, lebihan kendalian kasar dan cukai tolak subsidi ke atas pengeluaran dan import (cukai bersih).
Menjelaskan selanjutnya, Mohd Uzir berkata susulan penambahbaikan dalam pasaran buruh, pampasan pekerja merekodkan pertumbuhan kukuh 4.2 peratus manakala lebihan kendalian kasar turun 1.8 peratus.
Prestasi agihan pendapatan itu menunjukkan peralihan ke arah sumbangan pampasan pekerja lebih baik iaitu 33.1 peratus berbanding 32.3 peratus pada 2022.
"Namun begitu, lebihan kendalian kasar masih menyumbang dengan ketara kepada KDNK pada 64.8 peratus walaupun 2.3 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya. Komponen selebihnya adalah cukai bersih yang menyumbang sebanyak 2.1 peratus," katanya.
Memperincikan prestasi sektoral, beliau berkata peningkatan komponen pampasan pekerja yang merangkumi saraan diterima oleh pekerja untuk tenaga kerja mereka, didorong oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
"Pampasan pekerja dalam sektor perkhidmatan tumbuh 4.3 peratus, disokong oleh pertumbuhan dalam semua subsektor terutamanya perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan.
"Bagi sektor pembuatan, pampasan pekerja mencatat pertumbuhan 3.3 peratus, disumbangkan oleh penyederhanaan dalam produk elektrik, elektronik dan optik," katanya.
Mohd Uzir berkata penurunan dalam lebihan kendalian kasar dipengaruhi terutamanya oleh kemerosotan mendadak dalam sektor perlombongan dan pengkuarian (-12.1 peratus), pertanian (-13.2 peratus) dan pembuatan (-5.6 peratus).
Kejatuhan harga komoditi pada 2023 telah menjejaskan keuntungan merentasi sektor-sektor ini, sekali gus menyumbang kepada penurunan ketara keseluruhan lebihan kendalian kasar.
"Namun, penyusutan ini sebahagiannya dikurangkan dengan pertubumbuhan dalam sektor perkhidmatan dan pembinaan masing-masing pada 5.3 peratus dan 1.3 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata cukai bersih, komponen yang mewakili sumber pendapatan kepada kerajaan, menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu 242.0 peratus atau RM37.7 bilion pada 2023, disokong oleh hasil cukai yang lebih tinggi berbanding penurunan subsidi.
Dalam konteks perbandingan antarabangsa, beliau berkata komposisi pampasan pekerja di rantau Asia Tenggara adalah lebih rendah, menyumbang kurang 40 peratus daripada KDNK manakala sumbangan lebihan kendalian kasar pula lebih besar.
"Berbanding dengan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Kanada, pampasan pekerja ini menyumbang lebih besar daripada lebihan kendalian kasar masing-masing pada 53.1 peratus, 52.4 peratus dan 51.1 peratus.
"Cukai bersih membentuk sumbangan kecil dalam KDNK di negara-negara terpilih dengan Malaysia mencatatkan sumbangan terendah sebanyak 2.1 peratus yang menggambarkan perbezaan dasar fiskal antara negara-negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Mohd Uzir berkata pertumbuhan menyederhana kepada 1.6 peratus daripada angka dua digit pada 15.9 peratus bagi 2022. - Gambar fail
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.