KUALA LUMPUR: Kedah dan Perak menghargai peruntukan yang diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat di sini semalam.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya mengalu-alukan pengumuman kerajaan dalam Bajet 2022, walaupun jumlah peruntukan melibatkan negeri itu jauh kurang daripada yang dimohon.
Justeru, beliau berharap dapat terus berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa agar peruntukan khas yang lebih tinggi dapat diberikan kepada negeri itu.
"Saya yakin pintu rundingan akan terus dibuka berkaitan keperluan Negeri Kedah untuk peruntukan khas yang lebih tinggi. Ini bukan semata-mata kerana Kedah sebuah negeri miskin tetapi bersabit dengan 'pengorbanan' yang terpaksa dilakukan demi kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu menurutnya, Kedah juga terpaksa mengekalkan kawasan hutan simpan seluas 341,000 hektar yang sebahagian besarnya merupakan kawasan tadahan sumber air di Hulu Muda yang bukan sahaja untuk kegunaan rakyat Kedah tetapi juga Pulau Pinang.
"Atas pengorbanan itu, saya berharap untuk dapat terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan dari masa ke masa walaupun tidak dinyatakan dalam belanjawan kali ini," katanya.
Selain itu, Muhammad Sanusi turut mengalu-alukan keprihatinan Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan khas RM20 juta khusus untuk negeri kurang maju, termasuk Kedah selain peruntukan projek mencegah hakisan di Pantai Merdeka di Daerah Kuala Muda dan projek eksplorasi pelancongan sejarah di Kompleks Arkeologi Sungai Batu.
"Perhatian yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terhadap aset warisan sejarah yang begitu bernilai di Sungai Batu, saya yakin akan menjadi tarikan baharu peminat dan komuniti penyelidik dari seluruh dunia," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata Perak yang berpotensi sebagai destinasi pilihan domestik memerlukan bantuan infrastruktur di kawasan ekopelancongan yang akan membangunkan ekonomi masyarakat setempat.
"Ia (penggunaan peruntukan) termasuklah seperti pembangunan Ban Pecah di Kerian, 7 Lata Selama, Jeti Kelip-Kelip di Kampung Dew, Taiping dan Pulau Bebas Cukai di Pangkor di samping pemerkasaan Geopark Lembah Kinta serta yang bakal diadakan di Lenggong," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menerusi pembentangan Bajet 2022 hari ini, Tengku Zafrul mengumumkan peruntukan khusus berjumlah RM260 juta iaitu RM20 juta bagi setiap negeri dalam memfokuskan kepada projek berkenaan jaminan makanan, pelancongan serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Muhammad Sanusi berharap dapat terus berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa agar peruntukan khas yang lebih tinggi dapat diberikan kepada Kedah. - Gambar fail
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).