KUALA LUMPUR: Kelewatan memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) disebabkan isu teknikal yang timbul ketika proses naik taraf sistem permohonan dalam talian.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abdul Ghani berkata, pihaknya mengambil langkah penambahbaikan dengan menaik taraf sistem permohonan dalam talian itu bagi menampung jumlah permohonan yang terlalu tinggi.
"Pihak TEKUN mengambil langkah mengatasi isu itu, antaranya menyalurkan pembiayaan secara manual melalui cetakan cek diagihkan ke setiap Pejabat TEKUN cawangan di seluruh negara kerana penyaluran pindahan dana elektronik tidak dapat dilakukan ekoran gangguan teknikal itu," katanya dalam kenyataan.
Adam berkata, sehingga kini, TEKUN menyalurkan pembiayaan berjumlah RM105 juta kepada 12,774 usahawan menerusi SPIM melalui cetakan cek dan pindahan dengan dana elektronik serta penyaluran pembiayaan dijangka dapat diatasi selewat-lewatnya akhir bulan ini.
SPIM dengan peruntukan dana berjumlah RM200 juta adalah pembiayaan untuk usahawan informal dan mikro sebagai suntikan modal pusingan bagi memulih serta memulakan semula perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bencana banjir.
Melalui SPIM, usahawan ditawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa caj keuntungan dengan tempoh bayaran balik hingga lima tahun dan moratorium selama 12 bulan.
Permohonan skim itu dibuka pada 1 hingga 15 Januari lalu.
Adam berkata, TEKUN Nasional menerima permohonan terlalu tinggi pada masa singkat untuk pembiayaan SPIM itu dan dana yang sepatutnya untuk penyaluran setahun sudah habis dalam tempoh dua minggu, lapor Bernama.
Beliau berkata, sebanyak 23,767 permohonan diterima untuk SPIM dan setakat Selasa lalu, sebanyak 15,880 permohonan diluluskan dengan nilai RM130.3 juta. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Feb 12 2022

Kelewatan memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan bagi SPIM disebabkan isu teknikal ketika proses naik taraf sistem permohonan dalam talian. -Dagang News
Tengku Zafrul komited galas tugas hingga akhir penggal Senator
Saya tetap komited untuk memastikan KPI (petunjuk prestasi utama) yang telah ditetapkan tercapai, menangani cabaran semasa, dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam Kabinet. Kami baru sahaja menghadiri sesi pemukiman Kabinet, dan semua pihak bersemangat untuk menggerakkan agenda pembangunan negara, dengan sokongan penuh daripada penjawat awam.
MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bagaimanapun berkata jika terdapat tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) atau sebarang langkah baharu daripada negara lain, ia akan memberi impak dan Malaysia tidak boleh menafikan hakikat itu.
AWANI Ringkas: Usaha kuasai AI, teknologi digital
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BKK 2025: Bukti penghargaan kerajaan kepada penjawat awam, pesara dan veteran
Bantuan Khas Kewangan 2025 yang disalur mulai hari ini bantu penjawat awam terutama yang beragama Islam buat persiapan sambut Ramadan minggu ini.

Kerjasama Menzies-MMAG perkukuh sektor penerbangan Malaysia - Anthone Loke
Menzies Aviation menerima Lesen Pengendalian Darat daripada MAVCOM berkuat kuasa 1 Nov 2024 yang membolehkan syarikat itu memulakan operasi di Malaysia

Pentadbiran Trump saran kakitangan kerajaan abai arahan Elon Musk
Kakitangan kerajaan boleh sahaja mengabaikan e-mel Elon Musk yang mengarahkan mereka memberi justifikasi terhadap pekerjaan masing-masing.

HLTF-EI capai kemajuan penting dalam beberapa bidang utama - KSU MITI
Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.
AWANI Pagi : ASEAN Kita: Bringing ASEAN Closer to its People
We connect, we collaborate, we grow.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.

Program Santuni MADANI: PHB pilih Kampung Palu-Palu sebagai kampung angkat
Program terbabit menyantuni penduduk kampung dengan menumpukan kepada apsek pembangunan pendidikan dan sosioekonomi
Kandungan palsu: individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
MCMC menahan individu muat naik kandungan palsu gagal hadir ke mahkamah

Isa Samad masih Pemangku Pengerusi SPAD - Nancy Shukri
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bekas Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) itu belum didakwa, namun hanya melalui proses penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).