KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan meluluskan insentif cukai khas untuk memacu pelaburan di Tok Bali, Kelantan, sebagai pusat pertumbuhan baharu di negeri itu dengan memberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus selama 15 tahun dan cukai pendapatan pada kadar istimewa 17 peratus bagi lima tahun berikutnya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, individu pemastautin bukan warganegara yang memegang jawatan pengurusan kanan bagi syarikat yang diluluskan insentif itu hanya akan dikenakan kadar cukai rata sebanyak 15 peratus untuk meningkatkan daya saing Kelantan sebagai destinasi pelaburan.
"Menyedari cabaran yang dihadapi Kelantan, Kerajaan Persekutuan yakin bahawa insentif cukai khas yang dilaksanakan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) itu akan merancakkan transformasi ekonomi negeri.
"Pada masa yang sama, projek pembangunan infrastruktur dan kesalinghubungan di kawasan berhampiran seperti Jalan Central Spine dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) juga dapat meningkatkan tarikan pelaburan terutamanya ke kawasan Tok Bali," katanya dalam satu kenyataan selepas melawat Tok Bali sempena Jelajah Bajet 2022 di Kelantan, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat berkata Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu di Kelantan.
"Menerusi insentif cukai khas serta projek berimpak tinggi di kawasan ini, antaranya Taman Industri Tok Bali (TBIP), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan infrastruktur luaran bagi Pelabuhan Tok Bali yang sedang dilaksanakan oleh ECERDC, kami yakin bahawa usaha ini dapat menyumbang ke arah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion.
"Pelaburan ini dijangka dapat menjana 4,200 peluang pekerjaan baharu dan 270 peluang keusahawanan untuk masyarakat tempatan," katanya.
Pembangunan kawasan Tok Bali akan memberi tumpuan terhadap lima sektor utama iaitu pembuatan, perikanan, minyak dan gas, logistik dan perkhidmatan serta ekopelancongan bagi mempelbagaikan ekonomi di kawasan ini dan meningkatkan daya saingnya sebagai destinasi pelaburan yang seterusnya akan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi serta membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

TENGKU ZAFRUL: Kerajaan Persekutuan yakin insentif cukai khas yang dilaksanakan melalui ECERDC itu akan merancakkan transformasi ekonomi negeri. - Astro AWANI/Shahir Omar

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali
Kedua-dua lokasi itu berpotensi mendapat impak kewujudan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur pada masa akan datang.

Tok Bali bakal jadi pelabuhan hab halal sumber makanan di rantau Asia - Zawawi
Kerajaan bercadang untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia pada masa hadapan.

Budak 4 tahun ditemui lemas dalam sangkar ikan
Mayat Saini ditemukan lemas pada jarak 25 meter dari tempat dia dikhuatiri jatuh sebelum itu.

Bot karam: Pencarian nelayan diteruskan pagi ini
Operasi mencari Ashaari Leh, 43 tahun, diperluaskan lagi dengan turut melibatkan penggunaan aset udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tiada kompromi bagi anggota APMM babit dengan tali barut
Sehingga ini tiada aduan mengenai pembabitan anggotanya membocorkan maklumat mengenai pengoperasian APMM di sesuatu lokasi tertentu.

Nelayan Vietnam maut ditembak anggota APMM
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku pada pukul 11.40 malam tadi, kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh.

Dua lelaki parah ditetak pedang samurai dalam kejadian samun di rumah
Sekumpulan penyamun sanggup menetak dua lelaki demi menyamun barang kemas dalam kejadian di Kampung Air Tawar, Tok Bali, di sini.

60 ekor musang dirampas
Sebanyak 60 ekor musang dari spesis dikenali Musang Pandan yang dipercayai untuk diseludup ke Vietnam sebagai hidangan eksotik berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.

Tragedi lemas Tok Bali: Selepas sehari, mayat adik Khaizuran akhirnya ditemui nelayan
Mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi yang hilang ketika sedang mandi-manda bersama anggota keluarganya di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh semalam, ditemui oleh nelayan di pesisir pantai itu hari ini.

Tragedi Tahun Baru Cina: Empat lemas ketika bercuti di Pantai Tok Bali
Empat mangsa sudah ditemui manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu.