KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mempertingkatkan usaha membaik pulih ekonomi negara menerusi pakej bantuan kepada golongan yang bekerja sendiri, pekerja, bantuan kepada isi rumah golongan B40 dan M40 serta subsidi upah yang lebih besar meskipun hutang kerajaan hampir melepasi paras had statutori 60 peratus.
Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata situasi kewangan negara ketika ini membolehkan Malaysia untuk menyalurkan bantuan lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama kerajaan wajar mempertimbangkan untuk berhutang dengan institusi pelabur tempatan kerana kadar pinjaman adalah lebih rendah.
"Mengambil contoh krisis ekonomi pada tahun 1986, kadar hutang negara adalah melebihi seratus peratus dan dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, fiskal kerajaan menjadi kukuh dan mencatatkan lebihan," katanya dalam program 'Malaysia Petang Ini' terbitan Bernama TV.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Muhammed berkata bantuan yang diumumkan hanya mencerminkan enam peratus dari saiz ekonomi negara, sehingga kini kerajaan telah memperkenalkan lapan pakej bantuan rakyat yang bernilai RM530 bilion bagi merangsang ekonomi negara serta mengurangkan beban rakyat.
"Daripada RM530 bilion, kerajaan mengeluarkan sebanyak RM83 bilion manakala RM120 bilion adalah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium (RM210 bilion) dan sebagainya.
"Jika dibandingkan dengan negara serantau, Thailand berbelanja lebih daripada Malaysia walaupun Malaysia melaksana sekatan perjalanan dalam tempoh yang lama. Malaysia mampu memberi empat kali ganda subsidi upah kepada syarikat-syarikat tempatan dan memanfaatkan 5.5 juta pekerja, bantuan bulanan kepada mereka yang bekerja sendiri dan seterusnya golongan B40 dan M40," jelas beliau.
Mengenai tahap pemulihan ekonomi negara, Muhammed berkata keadaan ekonomi negara ketika ini masih belum pulih memandangkan ekonomi negara menguncup sebanyak 5.6 peratus pada tahun lepas.
"Ekonomi masih belum pulih dan tidak berkembang berbanding sebelum penularan COVID-19. Penguncupan sebanyak 5.6 peratus dicatatkan tahun lepas dan unjuran pertumbuhan dijangka kira-kira empat peratus pada tahun ini.
"Pertumbuhan ekonomi harus mengambil kira faktor gaji, upah dan sebagainya serta tidak tertumpu hanya kepada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Beliau berkata pertumbuhan KDNK tidak mencerminkan keadaan sebenar ekonomi negara dan bagi tempoh dari tahun 2016 sehingga 2019, kadar kemiskinan relatif Malaysia meningkat daripada 16 peratus kepada 17 peratus walaupun kadar KDNK mencatatkan pertumbuhan.
Menurut Statistik Gaji dan Upah bagi 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, purata gaji dan upah bulanan berkurangan sembilan peratus pada 2020, penurunan buat pertama kali sejak statistik berkenaan direkodkan mulai tahun 2010.
Dalam pada itu, daripada 13 juta pekerja warganegara pada 2020, bilangan penerima gaji dan upah adalah seramai 9.8 juta orang, selepas dua tahun berturut-turut merekodkan purata melebihi RM3,000, purata gaji dan upah bulanan menurun kepada RM2,933 pada 2020 berbanding RM3,224 pada tahun 2019.
Muhammed berkata jumlah rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan meningkat sehingga 41 peratus berbanding tahun lepas, ini menunjukkan keadaan ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak baik, justeru lebih banyak bantuan harus diberikan bagi mempercepat pemulihan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021

Muhammed berkata keadaan ekonomi negara ketika ini masih belum pulih memandangkan ekonomi negara menguncup sebanyak 5.6 peratus pada tahun lepas. - Gambar hiasan
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.