BACHOK: Kerajaan akan mengkaji semula semua projek pembinaan di seluruh negara yang belum dimulakan terutama dari segi kos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Unit Perancang Ekonomi dan pihak Kementerian Kewangan akan mengkaji semua projek khususnya yang belum mula lagi tetapi sudah ada peruntukan dan tindakan akan diambil mengenai hala tuju semua projek ini," katanya pada sidang media Pelaksanaan Projek Infra Jalan di Kelantan semalam.
Beliau berkata ini berikutan banyak projek yang sudah disediakan peruntukan mengalami perubahan daripada aspek kos susulan berlaku kenaikan harga bahan binaan dan tanah.
Katanya Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan permohonan kontraktor mengenai peruntukan tambahan akibat kenaikan harga bahan binaan pada satu mesyuarat yang dipengerusikan beliau serta Ketua Setiausaha Negara minggu lepas.
Mustapa berkata proses pelaksanaan projek juga 'bergerak' perlahan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Beliau juga berkata kerajaan akan memastikan setiap projek pembinaan jalan raya di Kelantan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 serta Rolling Plan Pertama akan dilaksana mengikut jadual yang ditetapkan.
Mustapa berkata ini termasuk 10 projek bagi meningkatkan infra jalan di luar bandar yang melibatkan peruntukan RM297 juta secara keseluruhan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun selepas pelaksanaan.
"Empat daripada 10 projek itu telah dikeluarkan surat setuju terima (SST) dengan tarikh milik tapak pada Ogos dan Disember ini yang melibatkan kos sebanyak RM183.8 juta manakala selebihnya masih dalam tindakan Jabatan Kerja Raya iaitu di peringkat perancangan serta reka bentuk dan menjangkakan enam projek tersebut dikeluarkan SST pada tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2022," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan komited untuk memastikan lebuh raya baharu iaitu Central Spine Road (CSR) atau Lebuh Raya Utama Tengah, yang menghubungkan Kelantan ke Kuala Lumpur melalui Pahang, dapat dilaksana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 seterusnya mencapai sasaran menyiapkan projek itu pada 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021
![Kerajaan kaji semula projek belum dimulakan - Mustapa Kerajaan kaji semula projek belum dimulakan - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626332854_MustapaKotaBharu.jpg)
Beliau berkata ini berikutan banyak projek yang sudah disediakan peruntukan mengalami perubahan daripada aspek kos susulan berlaku kenaikan harga bahan binaan dan tanah. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723115182_AhmadMaslan.jpg)
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
![Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719911376_sharifahaini.jpg)
Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
Kediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Anbia Sdn Bhd pada bulan lalu.
![Masalah banjir di Jalan Betong-Sri Aman dalam siasatan - Nanta Masalah banjir di Jalan Betong-Sri Aman dalam siasatan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713435678_tbSambutanAidilfitr.jpg)
Masalah banjir di Jalan Betong-Sri Aman dalam siasatan - Nanta
Masalah banjir di Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan Jalan Betong-Sri Aman masih dalam siasatan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
![KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715685499_tbAhmadMaslan.jpg)
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
![757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas 757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709031573_TBAlexanderNanta.jpg)
757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas
Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.
![Industri pembinaan dijangka meningkat enam peratus, nilai pembangunan RM180 bilion Industri pembinaan dijangka meningkat enam peratus, nilai pembangunan RM180 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703070179_AhmadMaslan.jpg)
Industri pembinaan dijangka meningkat enam peratus, nilai pembangunan RM180 bilion
Industri pembinaan negara dijangka meningkat lima hingga enam peratus melibatkan nilai projek pembangunan sebanyak RM180 bilion pada tahun hadapan.
![Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668157757_BANJIRSA.jpg)
Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman
Banjir kilat di Kampung Budiman yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.
![KPKT komited selesaikan projek perumahan 'sakit' - Reezal Merican KPKT komited selesaikan projek perumahan 'sakit' - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645786743_TBREEZALMERICANjpg.jpg)
KPKT komited selesaikan projek perumahan 'sakit' - Reezal Merican
Antara masalahnya adalah kontraktor mempunyai kesulitan aliran tunai dan kos pembinaan yang tinggi.
![Status bangunan MBMB diputuskan selepas isu persempadanan diwartakan Status bangunan MBMB diputuskan selepas isu persempadanan diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642214447_DatukZaidiAttan.jpg)
Status bangunan MBMB diputuskan selepas isu persempadanan diwartakan
Datuk Zaidi Attan berkata projek pembinaan yang dihentikan pada 2018 itu perlu mengambil kira pelbagai perkara.
![Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM23.7 juta bagi projek pembinaan di Johor Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM23.7 juta bagi projek pembinaan di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636160311_HailyGroup.jpg)
Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM23.7 juta bagi projek pembinaan di Johor
Sebelum ini, ia telah memperoleh kontrak bernilai RM24.5 juta untuk pembinaan dan penyiapan projek kediaman teres di Plentong.