KUALA LUMPUR: Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi tujuan menggalakkan lebih banyak pihak mendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelasnya, inisiatif itu termasuk kepada koperasi tidak aktif serta isu kehilangan pekerjaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
"Antara inisiatif itu adalah Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi yang dapat meningkat dan menggerakkan kembali sektor ekonomi koperasi.
"Insiaitif ini merangkumi pelbagai aspek seperti peluang meningkatkan pendapatan melalui koperasi, menceburi perniagaan baharu yang lebih dinamik, penjualan barang keperluan asas dengan harga patut serta penggunaan aplikasi pemasaran terkini dalam usaha meningkatkan hasil jualan.
"Koperasi sebagai sebuah entiti perniagaan dan pertubuhan sosial juga turut terkesan buktinya, perolehan perniagaan koperasi menurun sebanyak RM4.34 bilion daripada RM45.79 bilion pada tahun 2019 kepada RM41.45 bilion pada 2020," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu ujarnya, penutupan pintu sempadan negara dan sekatan rentas daerah atau negeri pula menjejaskan pendapatan koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti perkhidmatan termasuk pelancongan, hotel, rumah inap, perkhidmatan bas dan teksi.
Sehubungan itu katanya, melalui SKM, pelbagai usaha dan inisiatif telah diambil bagi memulih dan mengukuhkan semula aktiviti ekonomi koperasi yang terjejas.
"Antaranya, dalam program PEMERKASA yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan di bawah Program Pembiayaan Khas COVID-19 yang menyediakan insentif pembiayaan sehingga RM100,000 tanpa cagaran kepada koperasi terjejas yang layak.
"Pada Jun lalu pula, melalui inisiatif PEMULIH pula, peruntukan sebanyak RM20 juta disalurkan sebagai galakan untuk pelaksanaan Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi bagi memulih dan menggerakkan semula aktiviti ekonomi koperasi yang terjejas.
"Ini jelas menunjukkan kerajaan menerusi kementerian dan agensi dibawahnya mengambil tindakan pro-aktif dan komitmen untuk memulih dan mengukuhkan semula aktiviti ekonomi koperasi dan menggerakkan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara," jelasnya.
Kata Mas Ermieyati lagi, SKM turut memainkan peranan bagi membantu golongan profesional dan usahawan yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan menerusi pelaksanaan Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR).
"Program ini adalah untuk penggalakan penubuhan koperasi baharu bagi mereka menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi selaras dengan pindaan Akta Koperasi 1993 yang baharu, dengan bilangan minimum lima orang atau 20 orang bagi golongan profesional.
"Penubuhan koperasi membolehkan usahawan dan golongan yang terjejas menggembleng sumber, kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan aktiviti ekonomi yang dapat memberikan pulangan yang segera.
"Kumpulan sasar untuk program ini adalah dikhususkan untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta golongan yang terjejas selain hilang punca pendapatan dengan maksimum geran pelaksanaan sehingga RM100,000 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan," ujarnya.
Selain itu katanya, Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi atau TRANSFER adalah pendekatan terbaik bagi koperasi sektor pelancongan yang teruk terjejas akibat pandemik.
Tambahnya, inisiatif di bawah Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi adalah program pemulihan ekonomi koperasi melalui penerokaan peluang dan perubahan kepada perniagaan atau aktiviti ekonomi yang baharu.
"Koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan serta yang tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu, digalakkan untuk menceburi bidang perniagaan yang baharu yang produktif serta mampu memberikan pulangan yang cepat seperti dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan, tanaman dan lain-lain perniagaan.
"Objektif inisiatif ini adalah untuk membantu koperasi yang terjejas untuk meneroka peluang perniagaan baharu bagi menyedia dan meningkatkan sumber pendapatan selain menggalakkan koperasi mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu sumber pendapatan.
"Kumpulan sasar adalah koperasi terjejas khususnya dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri seperti perhotelan, rumah inap, perkhidmatan teksi dan bas, agen pelancongan dan lain-lain dengan geran bantuan berjumlah RM100,000 dan peruntukan sebanyak RM10 juta disediakan," katanya.
Ketika mengulas isu kekurangan barang asas selain kos sara hidup semakin meningkat, Mas Ermieyati berkata, data menunjukkan hampir 30 peratus koperasi di bawah seliaan SKM menjalankan perniagaan pemborongan dan peruncitan yang juga salah satu sektor ekonomi utama dijalankan oleh sektor koperasi.
"Sektor peruncitan koperasi boleh bertindak sebagai ejen untuk membantu menangani kos sara hidup anggota koperasi terutama golongan B40 dan M40 yang semakin meningkat dan terjejas.
"Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) yang diperkenalkan melalui Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dan membeli barangan keperluan harian di kedai koperasi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran tempatan," jelasnya.
Sementara itu, katanya, banyak sektor perniagaan mula beralih kepada platform atas talian bagi meningkatkan aksesibiliti dan jualan produk masing-masing sejak PKP tahun lalu.
"Jadi, bagi memastikan koperasi mengadaptasi platform atas talian dalam mengkormersilkan produk atau perkhidmatan sedia ada, Program Dagang Produk/Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (Program e-DAPAT) turut diperkenalkan.
"Program ini dapat membantu koperasi membuat promosi pemasaran dan jualan produk atau perkhidmatan melalui pelbagai platform dan medium atas talian yang menjadi trend pemasaran bagi premis jualan koperasi tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP ini," katanya.
Ujarnya, sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 127 koperasi diluluskan permohonan moratorium PKP 3.0 yang melibatkan jumlah sebanyak RM8.3 juta bagi tempoh tiga bulan menerusi SKM dicatatkan.
"Moratorium ini dapat membantu koperasi meneruskan kelangsungan aktiviti ekonomi dan menjadi salah satu inisiatif disediakan SKM kepada semua koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan dengan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM).
"Menariknya, Medac turut memberikan tambahan moratorium tiga bulan menjadikan keseluruhan tempoh moratorium bagi koperasi kepada enam bulan," jelasnya lagi.
Astro Awani
Sat Jul 17 2021

Kata Mas Ermisyati, penutupan pintu sempadan negara menjejaskan pendapatan koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti perkhidmatan. - Astro AWANI

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.

"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).