KUALA LUMPUR:Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Walaupun menghadapi kesukaran pada 2020, katanya Malaysia terus menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), mencatatkan RM109.8 bilion dari segi pelaburan yang diluluskan melibatkan hampir 3,000 projek dalam sektor utama, pembuatan dan perkhidmatan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020.
Dalam aspek ini, katanya 59.5 peratus (RM65.3 bilion) daripada sektor pembuatan, 39 peratus (RM42.8 bilion) daripada sektor perkhidmatan dan 1.5 peratus (RM1.7 bilion) daripada sektor utama.
"Melalui Penjana Kapital, baru-baru ini kami memudahcara komitmen lapan pengurus modal teroka antarabangsa bersama-sama kerajaan untuk melabur sehingga RM1.57 bilion dalam syarikat pemula Malaysia dalam bidang fintech, edutech, agritech, mobiliti dan AI, yang dijangka menjana 1,800 pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya dalam ucapan pada Hari Korporat Tahunan Maya CGS-CIMB 2021 Ke-13, hari ini.
Tengku Zafrul merujuk kepada laporan oleh EY baru-baru ini yang memerihalkan Kuala Lumpur sebagai destinasi penting untuk komuniti perniagaan antarabangsa, mengambil kira faktor seperti kemudahan infrastruktur yang bersepadu, tenaga kerja yang pelbagai dan berkualiti, serta kesediaan negara untuk mengadaptasi teknologi digital.
Beliau turut merujuk kepada laporan Bloomberg yang meletakkan Malaysia di kedudukan kelima antara ekonomi membangun sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan, melihat kepada potensi pemulihan ekonomi yang pesat, kedudukan fiskal dan kewangan yang stabil serta kemampuan untuk membendung dan mengatasi pandemik COVID-19.
Katanya kerajaan turut menyasarkan untuk menjana 500,000 pekerjaan pada tahun ini, yang juga merupakan antara agenda utama Belanjawan 2021.
"Bagi tujuan ini, selain daripada peruntukan RM3.7 bilion di bawah inisiatif JanaKerja, yang termasuk insentif pengambilan pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan semula serta peluang pekerjaan dalam sektor awam dan antara GLC; penting untuk dinyatakan bahawa inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dengan penyertaan kementerian berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia.
"Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan," katanya.
Tengku Zafrul berkata walaupun Malaysia mengalami semakan semula penarafan kredit negara oleh Fitch, permintaan untuk bon kerajaan tetap tinggi dengan purata nisbah bidaan kepada terbitan dicatatkan pada kadar 2.6 kali ganda untuk sukuk 10-tahun kerajaan yang diterbitkan pada awal Disember lepas.
"Ini adalah pengiktirafan kukuh terhadap usaha tindak balas krisis oleh kerajaan dan asas ekonomi negara yang masih kukuh," katanya.
Bagaimanapun, katanya terdapat satu syarat utama bagi pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.
"Peningkatan kadar jangkitan harian boleh menghalang usaha untuk mencapai unjuran bagi tahun 2021 dan selanjutnya. Oleh itu, kita mesti terus berwaspada. Kita telah memenangi pelbagai pertempuran, namun, kita perlu memenangi peperangan melawan COVID-19.
"Rakyat Malaysia dan sektor perniagaan tidak boleh leka. Marilah kita berdiri teguh menentang COVID-19, demi untuk kemenangan bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Tengku Zafrul merujuk kepada laporan oleh EY baru-baru ini yang memerihalkan Kuala Lumpur sebagai destinasi penting untuk komuniti perniagaan antarabangsa. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
ASEAN perlu wujudkan tawaran unik untuk jadi blok keempat ekonomi global
ASEAN kini berada di kedudukan kelima dan blok ini perlu memanfaatkan jumlah populasinya sekitar 680 juta orang.
Nilai dagangan Malaysia-India disasar meningkat tahun ini - Tengku Zafrul
Kedua-dua negara komited untuk memperluas serta memperkukuhkan hubungan dua hala secara menyeluruh.
Malaysia jangka pertumbuhan perdagangan dengan India meningkat
PM beri tempoh tiga bulan kepada MITI untuk kemuka rancangan yang jelas bagi kerjasama dengan India dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul
Proses kelulusan sebelum ini melibatkan banyak agensi dan kementerian, termasuk Suruhanjaya Tenaga, PBT serta bomba.
Misi perdagangan, pelaburan ke Vietnam catat potensi eksport RM3.3 bilion - MITI
Misi berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan perkongsian strategik perniagaan ke perniagaan melibatkan entiti Malaysia dan Vietnam.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu
Katanya, Matrade telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan usaha memperoleh pasaran baharu untuk diterokai syarikat Malaysia.
Tengku Zafrul ke Munich bawa misi pelaburan dalam jeda lawatan PM ke Jerman
Katanya, pihak MATRADE telah anjurkan beberapa mesyuarat dengan rakan dagang besar yang beribu pejabat di Jerman.