FIRMA-firma dan kerajaan seluruh Asia kini sedang cuba melaksanakan idea tempoh bekerja empat hari seminggu, namun, secara berhati hati.
Usaha melaksanakan idea itu tercetus susulan kajian yang mendapati waktu bekerja pada waktu sedia ada dilihat memberikan kesan buruk kepada kesihatan pekerja dan malah ia tidak diterjemahkan kepada produktiviti yang tinggi.
Portal berita Nikkei Asia melaporkan, Jepun antara negara yang terkenal dengan budaya kerja lebih masa, kini cuba melaksanakan sistem baharu itu dengan beberapa syarikat gergasi mengorak langkah pertama.
Antaranya, Hitachi yang mengumumkan akan melaksanakan sistem kerja empat hari seminggu kepada 15,000 pekerjanya dalam tahun kewangan ini.
Selain itu, syarikat pembangun permainan Game Freak, turut memperkenalkan sistem sama selain jenama seperti Panasonic dan NEC.
Portal berkenaan turut melaporkan, negara-negara lain di rantau ini turut menuju ke arah sistem sama termasuk Indonesia di bawah syarikat pembiayaan antara rakan setara (P2P), Alami.
Bagi syarikat itu, kerja empat hari seminggu mampu menambahbaik tahap kesihatan mental dan produktiviti pekerja.
Korea selatan pula, syarikat berasaskan pendididkan, Eduwill melaksanakan sistem kerja empat hari sejak 2019 lagi.
Begitu juga di India yang dalam proses melaksanakan empat kod buruh tahun ini yang dijangka mengubah waktu bekerja termasuk memberi pilihan kepada mereka untuk bekerja empat hari seminggu.
Berdasarkan kajian oleh syarikat pengambilan pekerja, Persol Holdings, daripada 1,000 responden yang dikaji, 23.5 peratus berkata mereka memilih waktu kerja tiga hingga empat hari seminggu.
Begitu juga laporan oleh firma kajian Milieu Insights pada Februari lalu mendapat trend sama di rantau ini dengan 78 peratus responden di Vietnam dan 69 peratus di Indonesia mahu waktu bekerja mingguan yang pendek.
Sejak beberapa dekad lalu, Jepun berdepan masalah Karoshi, iaitu kematian akibat kerja lebih masa.
Sehingga Mac 2021, terdapat 2,800 tuntutan ganti rugi berkaitan Karoshi, meningkat 43 peratus berbanding 10 tahun lalu, menurut angka rasmi dikeluarkan kerajaan.
Isu itu mencetuskan kegusaran awam apabila pekerja berusia 24 tahun di sebuah syarikat pengiklinan, Dentsu, dilapor membunuh diri pada 2015 selepas bekerja sangat lebih masa.
Bukan sahaja Jepun, negara jirannya, China dan Korea Selatan turut mempunyai budaya kerja lebih masa yang hampir sama.
Di China, terdapat budaya kerja ‘996’ iaitu tempoh bekerja 9 pagi hingga 9 malam dan enam hari seminggu manakala di Korea Selatan secara purata penduduknya bekerja selama 1,908 jam pada 2020, tertinggi di Asia dan 221 jam melebihi purata Organisasi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD).
Secara purata, kadar produktiviti bagi 10 negara ASEAN adalah 81 peratus lebih rendah dari Amerika Syarikat.
Agensi
Mon May 09 2022
![Kerja 4 hari seminggu, bolehkah dilaksanakan di Asia? Kerja 4 hari seminggu, bolehkah dilaksanakan di Asia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652159376_Tiredworkinggene.jpg)
Kajian mendapati waktu bekerja pada waktu sedia ada dilihat memberikan kesan buruk kepada kesihatan pekerja dan malah ia tidak diterjemahkan kepada produktiviti yang tinggi.- Gambar fail
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636544856_NoorAzlanGhazali.jpg)
Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar
Kerajaan perlu mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya ingin menjalankan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.
![Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651154035_TBSARAVANAN.jpg)
Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.
![Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan? Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652155577_workflexibility.jpg)
Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.
![Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642759688_TIADADOSPENGGAL.jpg)
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.
![Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627191760_TBStressBurnOut.jpg)
Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang Ketua Eksekutif memecat 900 pekerja disifatkan kejam apa lagi menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
![#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan #DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623150732_peniaga.jpg)
#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan
DI SEBALIK banyak kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat pelbagai pengajaran yang baik akibat pandemik ini.
![Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622798975_MohammedAzmanAziz.jpg)
Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso
Bermula 1 Jun, semua majikan wajib mendaftarkan pekerja domestik mereka termasuk warga asing dengan Perkeso.
![Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612665672_TBMogok.jpg)
Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.
![Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609774090_swab.jpg)
Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.
![Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605260058_ismailsabri.jpg)
Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.