PENULISAN ini adalah respons pantas saya bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif HRD Corp pada 24 Jun yang lalu berkaitan program Inisiatif Microcredential HRD Corp.
Kononnya berlaku salah faham dalam kalangan pemegang taruh berkaitan terutamanya pihak majikan terhadap perlaksanaan program tersebut yang telah ditetapkan bermula 15 Ogos nanti.
Sebenarnya, bantahan daripada majikan serta persatuan-persatuan majikan dan industri bukanlah terhadap perlaksanaan program tersebut, sebaliknya ia tertumpu khusus terhadap caj yang bakal dikenakan oleh HRD Corp terhadap majikan yang memohon geran bagi program tersebut.
Berdasarkan Klausa 4.3, Pekeliling HRP Corp Majikan Berdaftar Bil. 2/2022 bertarikh 15 Jun 2022, sebanyak RM300 seorang akan dikenakan terhadap majikan bagi setiap program latihan yang dituntut daripada dana HRD Corp melalui inisiatif tersebut.
Secara tidak langsung, kos latihan pekerja akan meningkat secara mendadak sehingga RM9,000 (bagi latihan melibatkan 30 orang pekerja) untuk setiap kali latihan dijalankan.
Perkara inilah yang menjadi titik pertikaian majikan kerana caj tersebut dianggap satu amaun yang sangat tinggi, tidak munasabah dan keterlaluan.
Pada masa yang sama, di pihak syarikat penyedia latihan pula, tindakan HRD Corp dalam melaksanakan inisiatif tersebut dilihat dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.
Semua penyedia latihan hanya dimaklumkan mengenai perlaksanaan program ini pada awal April lalu melalui Pekeliling HRD Corp Penyedia Latihan Berdaftar Bil. 5/2022 yang meminta agar mendaftarkan program latihan di bawah Inisiatif Microcredential HRD Corp bagi menggantikan program latihan boleh tuntut (claimable course) sedia ada iaitu Skim Bantuan Latihan (SBL) Khas berkuatkuasa 1 Jun.
Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penyedia latihan terhadap kedudukan program latihan sedia ada yang telah didaftarkan dan masih sah sehingga 31 Disember 2024 (berdasarkan Pekeliling HRD Corp Penyedia Latihan Berdaftar Bil. 8/2021 bertarikh 22 November 2021).
Sedangkan perlaksanaan pendaftaran semua program latihan di bawah program SBL Khas ini juga turut dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa melalui Pekeliling HRD Corp Penyedia Latihan Berdaftar Bil. 3/2021 bertarikh 25 Januari 2021.
Apa tidaknya, semua syarikat penyedia latihan hanya diberikan tempoh selama 3 bulan untuk mendaftarkan program latihan mereka di bawah skim tersebut secara mandatori, selain turut dikenakan caj perkhidmatan sebanyak empat leratus (4%) bagi setiap tuntutan yang dibuat berkuatkuasa 1 April 2021.
Belum pun hilang lelah menguruskan SBL Khas, kini penyedia latihan diasak pula dengan inisiatif kelayakan mikro tersebut yang perlu diuruskan dalam tempoh dua bulan, ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
Ekoran terlalu banyak rungutan dan bantahan yang diterima pihak HRD Corp sekali lagi mengeluarkan pekeliling bertarikh 30 Mei 2022 (Bil. 6/2022) bagi melanjutkan tempoh pendaftaran program latihan di bawah inisiatif tersebut ke 31 Julai 2022.
Pun begitu, kebanyakan syarikat penyedia latihan tidak mendapat panduan dan sokongan yang sepatutnya daripada pihak HRD Corp dalam proses mendaftarkan program latihan mereka di bawah inisiatif baharu ini apabila kakitangan HRD Corp sendiri tidak mampu memberikan jawapan serta penerangan yang sewajarnya berkaitan segala isu yang dikemukakan.
Malahan, pihak HRD Corp juga dilihat kurang jelas dengan kriteria program latihan yang perlu untuk dimasukkan dalam kriteria inisiatif kelayakan mikro tersebut.
Oleh yang demikian, pengumuman Ketua Eksekutif HRD Corp untuk membentuk satu Jawatankuasa Kerja Teknikal bagi menilai semula perlaksanaan inisiatif tersebut adalah disambut baik dan wajar diberikan pujian.
Namun, adalah disarankan agar pihak HRD Corp menjemput wakil penyedia latihan berdaftar untuk turut sama terlibat dalam jawatankuasa teknikal tersebut bagi memberikan input mengenai kaedah serta mekanisme perlaksanaan dari sudut pandang dan kapasiti penyedia latihan.
Wakil dan suara dari semua pemegang taruh yang berkaitan seperti majikan, perkerja dan penyelia latihan dalam jawatankuasa teknikal tersebut adalah penting dalam memastikan inisiatif yang dibangunkan mampu mencapai objektif yang disasarkan.
* Ts Mohd Soffian Osman adalah Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Sun Jun 26 2022
Pengumuman Ketua Eksekutif HRD Corp untuk membentuk satu Jawatankuasa Kerja Teknikal bagi menilai semula perlaksanaan inisiatif tersebut disambut baik dan wajar diberikan pujian.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim
Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.
Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.
Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.