PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyediakan dua pakej geran untuk program pembangunan francais mikro dan mampu milik, melibatkan peruntukan RM5 juta.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata fokus pemberian dua pakej geran itu adalah bagi membangunkan lebih banyak pakej francais bernilai RM100,000 ke bawah, yang seterusnya dapat meningkatkan bilangan pemain industri fancais daripada golongan B40 dan M40.
Di bawah Geran Pakej Francais Mikro/Mampu Milik dengan peruntukan RM2 juta, geran penuh diberikan kepada francaisor untuk menyediakan pakej permulaan perniagaan francais mikro dan mampu milik, katanya.
Pembiayaan geran itu merangkumi RM20,000 bagi kajian pasaran francais mikro dan mampu milik dan jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000 bagi membangunkan prototaip pakej, katanya.
"Sasaran lapan pakej (francais mikro dan mampu milik) akan dibangunkan melaluinya tahun ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Geran pemudahcara pula dengan peruntukan RM2.5 juta boleh dinikmati bakal francaisi yang bertujuan mengurangkan kos permulaan perniagaan yang perlu ditanggung oleh usahawan B40 dan M40.
Pembiayaan terlibat adalah sehingga nisbah 90:10, iaitu 90 peratus dana ditanggung KPDNHEP dan 10 peratus lagi merupakan sumbangan usahawan francaisi yang dikenalpasti, katanya.
Nanta berkata baki peruntukan sebanyak RM500,000 pula akan digunakan bagi tujuan hebahan berorientasikan libat urus bersama pihak berkuasa tempatan dan masyarakat dalam menyebarkan maklumat berkenaan dua geran tersebut.
Beliau berkata sebanyak 13 syarikat francais seperti Ani Sup Utara, Global Art, Kopie Satu, dan Q-dees antara entiti terawal menawarkan kerjasama dengan kementerian berhubung program itu dan menyeru agar lebih banyak syarikat tampil dalam membantu inisiatif kementerian.
Individu yang berminat boleh melayari laman web https://www.kpdnhep.gov.my/ms/ untuk permohonan.
Dalam perkembangan lain mengenai penyelewengan subsidi minyak masak seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini, Nanta mengesahkan berlakunya insiden sedemikian dan memohon kerjasama pihak peniaga mahupun pengguna untuk tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.
"Sekiranya penyelewengan berterusan, ia akhirnya akan merugikan negara dan bekalan subsidi minyak masak bagi golongan sasar akan terjejas," katanya.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam dilaporkan berkata terdapat 'pakatan jahat' antara pengedar, pemborong, dan pembungkus minyak masak dalam menyeleweng subsidi bernilai kira-kira RM50 juta yang diberikan kerajaan setiap bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021

Nanta berkata fokus pemberian dua pakej geran itu adalah bagi membangunkan lebih banyak pakej francais bernilai RM100,000 ke bawah. - Astro AWANI / Shahir Omar

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.

PM jamin sebarang kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti perniagaan, 85 peratus isi rumah terus dapat subsidi
Anwar berkata sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua 2025 tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.

Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi
Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.

Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.