KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd melantik Datuk Mohamad Farid Salim sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu berkuat kuasa 3 Jun 2023.
KPJ Healthcare dalam kenyataan hari ini memaklumkan dengan peranan baharu sebagai COO, Mohamad Farid akan bertanggungjawab untuk menyelia semua aspek operasi KPJ Healthcare dengan memberi penekanan terhadap pengurusan rantaian bekalan dan perkhidmatan pelanggan.
"Selain itu, beliau akan memimpin pengurusan keseluruhan Kumpulan Operasi Hospital dan Kumpulan Klinikal. Pendekatan bersepadu ini bertujuan memastikan penyelarasan yang sempurna dan penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan 'Care for Life' berkualiti tinggi di seluruh rangkaian KPJ Healthcare," menurut kenyataan itu.
Penyedia penjagaan kesihatan itu menjelaskan Mohamad Farid mempunyai pengalaman selama 30 tahun di KPJ Healthcare dengan kepimpinan luar biasa melalui pelbagai peranan dan pelantikan beliau itu merupakan titik tanda penting ketika Kumpulan itu meneruskan usahanya untuk menakrifkan semula industri penjagaan kesihatan melalui pengembangan produk, inovasi dan pertumbuhan yang mampan.
Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare Norhaizam Mohammad dalam kenyataan sama berkata pengalaman yang luas, pemikiran strategik dan pendekatan kerjasama oleh Mohamad Farid amat sejajar dengan komitmen KPJ Healthcare untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang unggul dan mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia penjagaan kesihatan pilihan di negara ini.
"Dengan pelantikan Mohamad Farid sebagai COO, KPJ Healthcare bersedia memasuki fasa pertumbuhan dan inovasi seterusnya, yang akan memperkuat lagi kedudukannya sebagai penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Mohamad Farid akan bertanggungjawab untuk menyelia semua aspek operasi KPJ Healthcare dengan memberi penekanan terhadap pengurusan rantaian bekalan dan perkhidmatan pelanggan. - Facebook KPJ Healthcare Bhd

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.

Johor tambah 80 hektar sawah, tingkatkan pengeluaran padi negara
Kerajaan negeri menyasarkan penambahan kawasan sawah baharu seluas 80 hektar tahun ini dan tahun depan, dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan menyumbang kepada peningkatan SSR padi negara.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Pantau Agenda Reformasi: Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia?
Perbincangan mengenai Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia? Di dalam Pantau Agenda Reformasi bersama Prof Dr Amir Akramin Shafie, Timbalan Rektor (Inovasi dan Kebertanggungjawaban Penyelidikan) UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Mac 2025
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam

Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.

KPJ Healthcare lancar sistem kesihatan akademik pertama di Malaysia
Sistem Kesihatan KPJ menjadikan hospital sebagai pusat pembelajaran serta penerokaan ilmu.

MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.

MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak dari luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan.

Malaysia kurang berbelanja untuk kesihatan, sektor swasta perlu tambah pelaburan - Dzulkefly
Malaysia ketika ini kurang berbelanja untuk sektor kesihatan berdasarkan kepada nisbah peruntukan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

KPJ Healthcare perkenal identiti jenama baharu
Ismail berkata KPJ Healthcare berjaya berkembang menjadi rangkaian hospital terbesar di Malaysia yang mengendalikan 29 hospital ketika ini.

KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.

Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat
Perkembangan itu juga disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) dan masyarakat yang semakin tua.

KPJ Healthcare meterai kolaborasi strategik dengan Mayo Clinic, ubah landskap perubatan Malaysia
KPJ Healthcare Berhad memeterai kolaborasi strategik bersama Mayo Clinic melalui dua hospital pakar iaitu KPJ Damansara Specialist Hospital dan Damansara Specialist Hospital 2.

KPJ Healthcare, Cenviro terajui revolusi penjagaan kesihatan hijau
Usaha ini membuka lembaran baharu dalam memperkasakan komitmen KPJ Healthcare untuk menyepadukan elemen kelestarian.