Skip to main content

Bisnes

Kutipan cukai naik 9 peratus, cecah RM129.6 bilion setakat Jun

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kutipan hasil cukai Kerajaan Persekutuan meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion bagi tempoh sehingga Jun 2026, berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, peningkatan itu antaranya disumbangkan kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi.

Selain itu, kutipan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST), khususnya daripada sektor makanan dan minuman, perkhidmatan insurans serta logistik turut menyumbang kepada peningkatan hasil berkenaan.

“Selaras dengan pertumbuhan ekonomi tersebut, kutipan hasil cukai sehingga Jun 2026 turut meningkat sebanyak sembilan peratus iaitu RM129.6 bilion berbanding RM119.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2025.

“Peningkatan hasil ini disumbangkan antaranya oleh kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi serta kutipan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, terutamanya dari sektor makanan dan minuman, perkhidmatan insurans serta logistik,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Chin Tong berkata, kerajaan komited untuk mencapai sasaran kutipan hasil cukai sebanyak RM343.1 bilion bagi keseluruhan 2026.

“Pertumbuhan ekonomi makro yang stabil dijangka terus memberi kesan positif kepada peningkatan kutipan cukai,” katanya.

 

Must Watch Video

Advertisement