KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarkan portflio pelaburan mereka akan mematuhi amalan persekitaran, sosial dan tabdir urus (ESG) menjelang 2030.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, strategi melabur dalam aset berkualiti ESG akan menjadikan pelaburan mereka berdaya tahan dalam persekitaran pasaran yang mencabar.
"Kami percaya ESG adalah vaksin kepada apa juga krisis.
"Pada 2020, kami melihat kepada aset yang mematuhi ESG, dan kami dapati meskipun ketika kemuncak penularan COVID-19, ia merosot pada kadar lebih rendah berbanding aset lain," katanya dalam temu bual bersama Bloomberg TV.
Untuk rekod, indeks FTSE bagi ekuiti yang terlibat secara signifikan dalam persekitaran meningkat 37 peratus pada 2020.
Alizakri berkata strategi pelaburan KWSP dalam tempoh COVID-19 akan turut melihat syarikat yang menerima manfaat besar akibat pandemik.
"Kami melihat kepada sektor yang menerima manfaat susulan COVID-19. Syarikat teknologi yang menggunakan rangkaian sosial bersepadu tanpa perlu sebarang interaksi sosial.
"Syarikat pembuatan cip juga menarik kerana orang ramai kini sedar kepentingan teknologi," katanya.
Sementara itu Alizakri berkata pengisytiharan darurat memberikan satu bentuk kestabilan buat pasaran.
"Daripada perspektif pasaran, ia membawa banyak kepastian dan keadaan normal buat pasaran yang tidak menentu. Bagi kami, kami suka kestabilan pada waktu sebegini," katanya.
Najib Aroff
Wed Jan 27 2021

Alizakri berkata, pengisytiharan darurat memberikan satu bentuk kestabilan buat pasaran. - Foto Bernama

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.