KUALA LUMPUR: Lapan negeri merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih baik berbanding penyusutan 5.6 peratus di peringkat nasional, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Jelasnya, hasil dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengikut negeri bagi tahun 2020 itu merupakan susulan daripada prestasi KDNK peringkat nasional yang dikeluarkan pada 11 Mei lepas.
Ujarnya, dari sudut pertumbuhan, kesemua 13 negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan negatif pada tahun 2020.
Bagaimanapun, lapan negeri memperoleh magnitud pertumbuhan lebih baik berbanding penguncupan 5.6 peratus dicatatkan di peringkat nasional.
Negeri itu ialah Wilayah Persekutuan Labuan yang merekodkan penurunan 0.5 peratus, diikuti Kelantan (-1.1%), Kedah (-1.7%), Pulau Pinang (-2.1%), Perak (-2.3%), Negeri Sembilan (-3.6%), Johor (-4.6%) dan Selangor (-5.3%).
"Statistik itu memperincikan penemuan dari perspektif sektoral dan komposisi ekonomi peringkat negeri yang menyumbang kepada kedudukan ekonomi negara pada tahun 2020.
"Secara umumnya, pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2020 adalah yang kedua terendah selepas krisis kewangan tahun 1998. KDNK nasional pada tahun 2020 merosot 5.6 peratus berbanding 4.4 peratus pada tahun sebelumnya, dimana semua aktiviti ekonomi merekodkan pertumbuhan negatif.
"Pandemik COVID-19 ternyata memberi impak kepada hampir kebanyakan aktiviti ekonomi negara. Pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang dikuatkuasakan untuk mencegah penularan wabak COVID-19 telah mendorong kepada penutupan sementara sebahagian sektor ekonomi dan pengurangan waktu beroperasi," katanya semasa sidang media secara maya pada Selasa.
Katanya lagi, pandemik COVID-19 telah memberi impak negatif kepada ekonomi enam negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah kekal sebagai penyumbang utama KDNK nasional dengan jumlah sumbangan sebanyak 72.1 peratus.
Dalam pada itu kata Mohd Uzir, dari sudut KDNK perkapita, kesemua tiga belas negeri dan dua Wilayah Persekutuan mencatatkan penurunan dalam nilai KDNK perkapita berbanding tahun 2019.
Jelasnya, tujuh negeri yang mencatatkan nilai KDNK perkapita melebihi paras nasional (RM43,378) ialah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM120,600), Wilayah Persekutuan Labuan (RM76,792), Pulau Pinang
(RM54,718), Selangor (RM51,966), Sarawak (RM48,597), Melaka (RM45,893) dan Negeri Sembilan (RM43,859).
"Dari sudut prospek ekonomi tahun 2021, meskipun pelaksanaan PKP dijangka berterusan, keseimbangan antara kepentingan kesihatan dan pemulihan ekonomi dan perniagaan dapat dilaksanakan menerusi
pembukaan lebih banyak aktiviti perniagaan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.
"Berdasarkan Indeks Pelopor pada April 2021, prestasi ekonomi Malaysia dijangka menggalakkan sekiranya pandemik mereda, sejajar dengan pengukuhan permintaan global apabila kelonggaran ekonomi telah dilaksanakan oleh beberapa negara," katanya lagi.
Di samping itu ujarnya, penyertaan rakyat dalam Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan juga dijangka meningkatkan keyakinan perniagaan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam negara di samping menarik minat pelabur asing.
Astro Awani
Tue Jun 29 2021

Kata Mohd Uzir, COVID-19 telah memberi impak negatif kepada ekonomi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah. - Foto Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.