KUALA LUMPUR: Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata bursa itu telah memudahcara pertumbuhan pasaran modal Islam menerusi platform dagangan, penjelasan dan penyelesaian patuh Syariahnya yang dinamakan Bursa Malaysia-i.
"Sesiapa sahaja boleh berdagang dalam mana-mana saham patuh Syariah, bermula daripada pesanan, perdagangan, penyelesaian dan depositori," katanya semasa sesi panel bertajuk "Memupuk Peningkatan Kewangan melalui Pasaran Modal" di Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di sini pada Rabu.
Abdul Wahid juga menyatakan bahawa saiz pasaran modal Islam Malaysia menyumbang 63 peratus atau RM2.5 trilion daripada jumlah saiz pasaran modal Malaysia sebanyak RM3.95 trilion pada akhir Mac 2024.
"Pasaran modal Islam telah berkembang dengan baik dan menyaksikan pertumbuhan yang ketara sepanjang tahun," katanya.
Menurut Abdul Wahid, pasaran ekuiti terus menunjukkan peningkatan pasca pandemik COVID dengan permodalan pasaran melepasi RM2 trilion dan purata nilai dagangan harian meningkat 49.6 peratus tahun setakat ini pada 27 Mei, 2024 kepada RM3.07 bilion.
"Pada 7 Mei kami melepasi penanda aras RM2 trilion (dalam permodalan pasaran) dan setakat semalam kami ditutup pada RM2.05 trilion, iaitu kira-kira peningkatan 14 peratus berbanding akhir tahun lepas," katanya.
Dari segi penyenaraian baharu atau tawaran awam permulaan (IPO), Abdul Wahid berkata sehingga 27 Mei, bursa itu menyaksikan sejumlah 17 penyenaraian baharu dengan jumlah RM2 bilion modal dikumpulkan, dan dua lagi syarikat berjaya disenaraikan setakat ini, membawa jumlahnya kepada 19 syarikat.
"Ini bererti kami akan mempunyai jumlah syarikat tersenarai tertinggi tahun ini, iaitu melebihi sasaran 40 syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Abdul Wahid juga menyatakan bahawa saiz pasaran modal Islam Malaysia menyumbang 63 peratus atau RM2.5 trilion daripada jumlah saiz pasaran modal Malaysia. - Foto fail/BERNAMA

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Transformasi PLC pemangkin prestasi, pertumbuhan dalam negara - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru kepada semua Syarikat Tersenarai Awam (PLC) agar mengambil bahagian dalam Program Transformasi Syarikat Tersenarai Awam (PLCT)