KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd telah memberikan komitmen untuk memastikan penyampaian perkhidmatan pelanggan yang optimum di tengah-tengah lonjakan pertanyaan pelanggan yang memberi kesan kepada masa menunggu pelanggan untuk pusat hubungan.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam menangani pertanyaan pelanggan menurut ketepatan masa dan cekap, syarikat penerbangan nasional itu akan mengecualikan yuran tempahan luar talian untuk pelanggan yang mengalami masa menunggu lebih daripada 10 minit, berkuat kuasa serta-merta.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan dengan kadar pemberhentian yang tinggi dan peningkatan jumlah penumpang, ia terdedah kepada cabaran dalam menangani lonjakan pertanyaan pelanggan yang diterimanya dengan jumlah kakitangan yang masih ada, fenomena yang dialami oleh semua syarikat penerbangan di seluruh dunia.
"Kami telah meningkatkan jumlah kakitangan di perkhidmatan pelanggan pusat hubungan sebanyak lebih daripada dua kali ganda sejak Februari 2022 dan terus melakukan yang terbaik bagi mengukuhkan jumlah kakitangan untuk menangani pertambahan angka panggilan yang diterima.
"Walaupun terdapat peningkatan, Malaysia Airlines telah mencatatkan lonjakan berterusan dalam menguruskan pertanyaan pelanggan, mengurangkan purata masa menunggu kepada di bawah 20 minit untuk menangani pertanyaan yang diterima melalui pusat hubungan," jelasnya lagi.
Syarikat penerbangan itu telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat iaitu lebih 100 peratus ke atas melalui jualan tiket dan 80 peratus faktor beban dalam kebanyakan penerbangan sejak pengumuman pembukaan semula sempadan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata syarikat itu telah mengambil langkah aktif bagi mengurangkan sebarang kesulitan yang dialami pelanggan dan akan terus menambah baik penyampaian perkhidmatannya.
"Malaysia Airlines akan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan pusat hubungan pelanggan global kami yang telah menunjukkan komitmen dan tanggungjawab kolektif mereka dalam menangani serta meningkatkan fungsi kritikal yang memberi kesan kepada pengalaman pelanggan keseluruhan Malaysia Airlines," katanya.
Sebagai syarikat penerbangan nasional, ia terus mengambil langkah aktif untuk memastikan ia mampu memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat, menawarkan tambang yang menarik selain mengembalikan semula dan memperkenalkan laluan menarik baharu, sambil memastikan kualiti perkhidmatannya tidak terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022

Syarikat penerbangan nasional itu akan mengecualikan yuran tempahan luar talian untuk pelanggan yang mengalami masa menunggu lebih daripada 10 minit, berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.