KUALA LUMPUR: Malaysia sedang aktif menjalinkan kerjasama dengan sembilan buah negara untuk pembangunan sektor halal di peringkat global setakat 30 Jun 2022, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong berkata negara tersebut adalah Vietnam, Kemboga, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, Rusia, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
"Kerjasama tersebut adalah dalam bentuk pembangunan rangka ekosistem industri halal untuk mempercepatkan kerjasama ekonomi dan intergrasi antara negara kesalinghubungan antara pasaran serantau.
"Ia akan melonjakkan peluang pertumbuhan ekonomi yang melibatkan produk dan perkhidmatan halal melalui pengembangan akses pasaran, galakan aktiviti pelancongan mesra muslim dan promosi pelaburan asing ke dalam negara masing-masing," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Seri Zurainah Musa mengenai senarai negara yang bekerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan sektor industri halal di luar Malaysia serta usaha perkongsian kepakaran industri halal Malaysia dengan negara lain.
Perkongsian kepakaran industri halal Malaysia dilakukan secara strategik untuk membentuk ekosistem industri halal global yang lebih komprehensif memandangkan industri halal global dijangka mencapai nilai AS$5 trillion menjelang 2030 berdasarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP), katanya.
"MITI melalui agensinya Halal Development Corporation (HDC) mempromosikan industri halal sebagai satu penanda aras terhadap nilai kualiti serta tahap keselamatan sesuatu barangan yang menepati piawaan atau standard antarabangsa dan bukan terhad kepada pasaran di negara muslim semata-mata," katanya.
Lim berkata kerjasama tersebut dapat menggalakkan ketulusan yang lebih tinggi, perkongsian maklumat, memudahcara perdagangan, kerjasama ekonomi, serta penyeragaman piawaan dan peraturan antarabangsa berkaitan pensijilan halal Malaysia dimana ia akan membuka pasaran yang lebih luas kepada industri halal tempatan.
Selain itu, kerjasama tersebut juga merupakan kerjasama strategik yang dilakukan untuk meningkatkan jenama halal produk-produk yang dihasilkan di Malaysia dan menggalakkan lebih banyak pelaburan asing ke dalam industri halal serta seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu.
"Kerjasama ini juga adalah bagi mengenalpasti ketersediaan sumber bahan mentah yang dapat diperolehi dikalangan negara yang terlibat pada harga yang lebih kompetitif dan ia akan memantapkan intergrasi rantaian bekalan bahan mentah industri halal tempatan.
"Pembangunan dan kerjsama dalam sektor halal dengan negara yang dinyatakan akan mempelbagaikan barangan dan perkhidmatan halal yang berkualiti dipasaran dunia pada harga yang berpatutan dan ini akan beri kesan positif kepada pasaran halal dunia termasuk Malaysia," katanya.
Beliau berkata ia akan menggalakan perkongsian teknologi dalam pengeluaran produk halal dan pembangunan bakat industri halal sedunia dan ini akan beri kesan positif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong berkata negara tersebut adalah Vietnam, Kemboga, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, Rusia, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. - Bernama
“Mesti lakukan sesuatu segera” - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan RUU pembangunan semula bandar memberi jaminan hak penduduk kekal dengan menaik taraf bangunan tempat tinggal.
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Dua maut mesin kilang proses getah meletup
Letupan dipercayai berlaku ketika semua pekerja terlibat sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.
‘STEM Talent in the Age of AI’
As Malaysia prepares for an AI-driven future, STEM education and workforce readiness play a critical role. Rushdi Abdul Rahim (MIGHT) and Mohamed Firouz Asnan (UTP) discuss evolving industry expectations, AI readiness, and the strategies needed to develop a future-proof talent pool.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

PM Anwar lakukan lawatan kerja dua hari ke Vietnam - Wisma Putra
Perdana Menteri Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Kejadian tikam di utara Melbourne, 4 remaja ditahan
Tiga lelaki cedera, manakala empat remaja ditahan susulan pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di utara Melbourne.

HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.

Malaysia rekod kehadiran 4.82 juta pelancong Muslim tahun lepas
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan menjadi antara lima negara utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kehadiran itu.

Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.

Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Malaysia komited bantu isu halal, martabat Islam di Brazil - PM
Malaysia juga kata Anwar, akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.

Malaysia-UAE kukuhkan komitmen hubungan dua hala
Antara yang turut dibincang adalah potensi kerjasama dalam sektor logistik dan pengurusan pelabuhan khususnya dalam penggunaan teknologi AI.

Pakistan, Malaysia komited kukuhkan perkongsian manfaat bersama – PM Anwar
Malaysia dan Pakistan menyatakan komitmen untuk mengukuhkan perkongsian bermanfaat bersama termasuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala.

Pameran produk halal perlu diselaras agar impak meluas - Ahmad Zahid
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai pameran produk halal antaranya MIHAS, Halfest, dan KUD, namun tujuannya hanya satu iaitu memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.

Malaysia dijangka bawa masuk pelaburan baharu dalam sektor halal dari China
Malaysia dijangka berpotensi untuk membawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal melalui Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang diadakan di bandar raya ini.