Malaysia dan Indonesia yang juga pengeluar minyak sawit terbesar dunia, perlu menjadi pemain aktif dalam proses penetapan piawaian mapan antarabangsa Kesatuan Eropah (EU), kata dua pegawai kanan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Datuk Dr Kalyana Sundram menerusi artikel dihasilkan bersama Pengurus Serantau (Eropah) majlis itu, Uthaya Kumar, berkata EU berhasrat menerajui usaha piawaian kemapanan antarabangsa dan kaedah pengiraan jejak alam sekitar dalam pelbagai platform dalam usaha menggalakkan peningkatan penerapan piawaian terbabit.
Malah, mereka menyifatkannya sebahagian daripada pendekatan terhadap maklumat makanan untuk pengguna sebagaimana dipaparkan dalam rancangan Suruhanjaya Eropah (EC) untuk mengetengahkan cadangan pada 2024 membabitkan rangka kerja pelabelan makanan mapan merangkumi aspek nutrisi, iklim, persekitaran dan sosial produk makanan.
Rencana bertajuk 'The EU's F2F and Biodiversity Strategies - Serious Implications for Palm Oil Ahead' turut menganalisis Strategi 'Farm To Fork' (F2F) EU dan Strategi Biodiversiti Bagi 2030 serta kemungkinan implikasi bahawa kaedah tertentu di bawah strategi terbabit yang mungkin menyentuh minyak sawit serta produk makanan mengandungi minyak berkenaan.
Untuk rekod, sejajar inisiatif Perjanjian Hijau Eropah, EC pada 20 Mei lepas telah membentangkan Strategi F2F itu yang bertujuan menjadikan keseluruhan rantaian makanan daripada pengeluaran sehingga pemakanan "lebih semula jadi dalam impaknya terhadap alam sekitar."
EU berkata menerusi strategi itu, ia berhasrat menggalakkan peralihan global ke arah sistem makanan mapan dalam badan penetapan piawaian, pelbagai forum relevan serta acara antarabangsa.
Kalyana dan Uthaya berkata EC menerusi Strategi F2F tersebut menyatakan bahawa ia akan menyokong "penguatkuasaan peraturan membabitkan maklumat yang mengelirukan."
"Penguatkuasaan peraturan sedemikian sememangnya diperlukan sebagaimana proliferasi di EU sejak bertahun-tahun lalu membabitkan kempen 'tidak mengandungi minyak sawit' dan label 'bebas minyak sawit' yang merupakan testimoni tragik," kata mereka.
Mengulas langkah F2F, mereka berpendapat apa yang lebih relevan bagi pengeluaran minyak sawit adalah cadangan rangka kerja peraturan bagi sistem makanan mapan yang disasarkan dapat diterbitkan oleh suruhanjaya itu pada akhir 2023.
"Sebagaimana nasib biobahan api, nampaknya EU sekali lagi meneruskan pendekatan secara sebelah pihak bagi mentakrifkan sistem makanan mapan dan makanan mapan," kata mereka.
Bagi 2021, EC dalam usaha merangka beberapa inisiatif, termasuk meningkatkan rangka kerja tadbir urus korporat seperti mensyaratkan industri makanan menyepadukan isu kemapanan dalam strategi korporat.
Kalyana dan Uthaya berkata sektor minyak sawit akan turut mengalu-alukan satu lagi inisiatif dijadualkan untuk tahun depan membabitkan pembangunan Kod Tatalaku EU bagi perniagaan dan amalan pemasaran yang bertanggungjawab bagi mengelak kempen yang mengelirukan seperti penggunaan dakwaan "tiada minyak sawit.
Pada 2021 juga, suruhanjaya itu berhasrat mengemukakan cadangan perundangan dan langkah lain bagi mengelak atau meminimumkan paparan produk yang dikaitkan dengan usaha pembasmian hutan atau yang menjejaskan hutan di pasaran EU serta menggalakkan import mesra hutan dan rantaian nilai.
"Sebagai contoh baik dasar EU bagi meningkatkan ketelusan rantaian bekalan, suruhanjaya itu merujuk kepada obligasi penebangan Peraturan Kayu-Kayan EU untuk operator yang menempatkan kayu-kayan dan produknya di pasaran.
"Malah bukti yang menyasarkan minyak sawit adalah Peraturan Maklumat Makanan EU yang membenarkan penyenaraian pelbagai kandungan minyak sayur dalam produk-produk," kata mereka.
Mereka juga menegaskan dalam isu pembersihan hutan dan pengurangan hutan misalnya tidak harus membabitkan pendekatan atau tindakan sebelah pihak.
"EU perlu bekerjsama dan terbabit dalam pakatan dengan negara-negara seperti Malaysia yang boleh disusuli menerusi pelbagai saluran diplomatik, komersial dan teknikal yang tersedia bagi mentakrifkan dan menggunapakai piawaian bilateral dan pelbagai hala serta penyelesaian untuk pematuhan pengeluaran perhutanan da pertanian," kata mereka.
Kalyana dan Uthaya juga menyifatkan beberapa langkah yang dicadangkan EU pada tahun-tahun mendatang susulan Strategi F2F dan Biodiversiti itu akan memberi implikasi terhadap minyak sawit.
"Justeru, sektor minyak sawit dan negara-negara pengeluarnya perlu meneliti secara terperinci pelbagai inisiatif berbeza dan turut terbabit secara libat urus dengan EU, termasuk dalam aspek rundingan akan datang.
"Sebagai negara pengeluar minyak sawit dan bergantung kepada jumlah eksport dan pendapatan demi kelangsungan kesejahteraan industri, kita tidak mampu sekadar berada di pinggir dan sebaliknya memerlukan pasukan mantap dan berpengetahuan untuk menyuarakan hak kewujudan bersama," kata mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020
"Sebagai negara pengeluar minyak sawit dan bergantung kepada jumlah eksport dan pendapatan demi kelangsungan kesejahteraan industri, kita perlu pasukan mantap dan berpengetahuan untuk menyuarakan hak kewujudan bersama."
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
Malaysia ulangi komitmen dalam pemuliharaan biodiversiti, pemeliharaan warisan semula jadi
Nik Nazmi berkata sebagai satu daripada 17 negara mega biodiversiti, Malaysia komited untuk menguruskan biodiversitinya secara lestari.
Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo
Alam semula jadi di Borneo menyediakan habitat semula jadi bagi kupu-kupu tropika untuk berkembang dengan baik.
Lembangan Maliau: Meneroka khazanah warisan 'The Lost World of Sabah'
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau (MBCA) di Sabah kaya dengan khazanah warisan hutan hujan tropika yang tidak disentuh arus rakus pembangunan.
Hajiji gesa lebih banyak perkongsian awam-swasta untuk lindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah
KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat.
COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.
Royal Belum: Dari 'kawasan hitam' kini permata berharga negeri Perak
Hutan belantara bersejarah ini menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang menjadikannya istimewa di mata dunia.
263 spesies hidupan marin di Taman Laut Melaka
Antara spesies yang wujud adalah terumbu karang jenis acropora yang kebiasaannya terdapat di pantai timur negara ini.
EU, Malaysia teruskan perbincangan mengenai pasukan khas ad hoc EUDR
EU serta Malaysia merupakan rakan strategik yang berkongsi objektif yang sama untuk melindungi alam semula jadi dan biodiversiti, selaras dengan komitmen yang dibuat pada biodiversiti bersejarah COP15
Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia setiap tahun - Laporan
Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 241 juta pada 2020 selepas berlaku lonjakan pemilikan haiwan peliharaan.