Malaysia kecewa dengan tindakan Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran Kesatuan Eropah (EU) selepas 2020.
Sambil menyifatkan resolusi itu tidak adil, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata ketetapan itu menekankan keperluan pensijilan tunggal pasaran eksport minyak sawit ke Eropah yang perlu dihasilkan secara lestari tanpa melibatkan aktiviti penebangan hutan.
Resolusi itu turut melabelkan skim pensijilan sedia ada sebagai salah dan tidak memenuhi syarat dan piawaian antarabangsa.
Malah, atas alasan itu, EU mengetepikan minyak sawit daripada program bahan api bio gagasan berkenaan, katanya.
"Hanya minyak sawit tertakluk kepada pensijilan itu sedangkan minyak sayuran lain sebaliknya tidak perlu memiliki sijil sedemikian. Ini sememangnya tidak adil," katanya pada satu sidang media di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mah berkata Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) yang dilaksanakan sejak 2015, akan diwajibkan menjelang Disember 2019.
Bagaimanapun, katanya, resolusi itu tidak mengiktiraf sebarang skim yang diwartakan di peringkat negara asal pengeluar hasil komoditi itu.
Beliau juga bimbang resolusi itu akan menjejaskan eskport minyak sawit ke negara pengimport lain berikutan kedudukan EU sebagai destinasi eskport kedua terbesar selepas India.
Berikutan itu, katanya, beliau dijadual menemui rakan sejawatannya dari Indonesia pada minggu depan dan disusuli pertemuan dengan Ahli Parlimen EU, bulan depan.
"Ini satu kesempatan untuk kita menyakinkan pihak penggubal undang-undang mereka bahawa resolusi itu tidak adil kepada industri minyak sawit," katanya.
Mah berkata, kementerian itu akan turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi melihat kemungkinan resolusi itu bercanggah dengan Peraturan Perdagangan Dunia kerana hanya menyasarkan minyak sawit.
Selain itu, katanya, beliau akan melakukan lawatan susulan ke India dalam masa tiga bulan lagi bagi mendapatkan perkembangan empat memorandum persefahaman (MoU) membabitkan minyak sawit yang dimeterai ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu, baru-baru ini.
"India meerupakan pengimport terbesar minyak sayuran dunia dengan nilai keseluruhannya sebanyak US$10 bilion tahun lepas.
"Bahagian pasaran minyak sawit di India adalah 59 peratus berbanding minyak campuran lain. Oleh itu, ia adalah peluang yang perlu kita terokai," katanya.
Menurut Mah, industri minyak sawit Malaysia juga memulakan 2017 dengan lebih positif apabila eksportnya bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 41.9 peratus atau RM12.9 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.
Eksport minyak sawit dan berasaskan produk itu ke China pada Januari dan Februari 2017 turut meningkat secara ketara sebanyak 96.4 peratus kepada RM1.52 bilion berbanding tempoh sama pada 2016. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
![Malaysia kecewa EU luluskan resolusi tidak adil, jejas minyak sawit Malaysia kecewa EU luluskan resolusi tidak adil, jejas minyak sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442128177_MahSiewKeong.jpg)
Mah berkata Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) yang dilaksanakan sejak 2015, akan diwajibkan menjelang Disember 2019. Gambar fail
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
![MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025 MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
![Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736813861_JohariAbdulGhani.jpg)
Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.
![Kerajaan sasar tingkat eksport 1 juta tan minyak sawit ke Turki bermula 2022 Kerajaan sasar tingkat eksport 1 juta tan minyak sawit ke Turki bermula 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622284887_MohdKhairuddinAman.jpg)
Kerajaan sasar tingkat eksport 1 juta tan minyak sawit ke Turki bermula 2022
Usaha itu akan dicapai susulan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua negara bagi memperkukuhkan lagi pasaran sawit negara.
![Malaysia kecewa EU luluskan resolusi tidak adil, jejas minyak sawit Malaysia kecewa EU luluskan resolusi tidak adil, jejas minyak sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442128177_MahSiewKeong.jpg)
Malaysia kecewa EU luluskan resolusi tidak adil, jejas minyak sawit
Ketetapan itu menekankan keperluan pensijilan tunggal pasaran eksport minyak sawit ke Eropah yang perlu dihasilkan secara lestari tanpa melibatkan aktiviti penebangan hutan.