KUALA LUMPUR: Pemilihan UMW Aerospace Sdn Bhd dalam Kumpulan Pembekal Berprestasi Tinggi Rolls-Royce bagi Kohort 2021 membuktikan Malaysia sebagai lokasi ideal untuk memenuhi peningkatan permintaan dalam sektor aeroangkasa di rantau Asia Pasifik, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arham Abdul Rahman berkata, dengan mengambil kira persekitaran perniagaan yang rancak, MIDA optimis bahawa Rolls-Royce akan mendapat manfaat daripada ekosistem dan kemudahan Malaysia yang kukuh.
"Kami gembira kerana Malaysia terus bersesuaian dengan strategi pertumbuhan keseluruhan Rolls-Royce bagi rantau ini terutama dengan kejayaannya dalam teknologi Industri 4.0.
"Kami yakin menerusi saranan nilai strategik kami, syarikat boleh mengembangkan perniagaan mereka kepada satu peringkat lain dan berubah menjadi penggiat dunia yang berdaya saing.
"Kami akan memastikan sentimen perniagaan di Malaysia kekal menjadi tarikan dalam keadaan ekonomi global yang mencabar dan gelombang semasa pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada UMW Aerospace di atas pencapaian itu, Arham berkata pemilihan itu meletakkan UMW Aerospace dalam kalangan 5.0 peratus pembekal utama global Rolls-Royce sejak memenangi anugerah "Trusted to Deliver Excellence" pada 2018.
Beliau berkata, menerusi pelbagai agensi termasuk MIDA, kerajaan akan memastikan pembangunan jangka panjang industri aeroangkasa tempatan, antaranya dengan memperluaskan rantaian bekalan aeroangkasa melalui penyertaan perusahaan kecil dan sederhana susulan usaha Malaysia untuk menjadi negara terkemuka aeroangkasa di Asia Tenggara menjelang 2030.
Beliau berkata, sebagai agensi galakan pelaburan yang utama di negara ini, MIDA berhasrat untuk membangunkan lebih banyak syarikat tempatan peringkat satu seperti UMW Aerospace dan seterusnya, menggalakkan mereka untuk menembusi pasaran baharu serta menjalinkan hubungan dengan penggiat industri aeroangkasa utama termasuk pengeluar peralatan tulen di arena antarabangsa.
Sementara itu, Presiden dan CEO kumpulan UMW Holdings Bhd Datuk Ahmad Fuaad Kenali menyifatkan komitmen kukuh syarikat itu terhadap produk berkualiti tinggi serta perkhidmatannya telah menyumbang kepada pengiktirafan ini.
Beliau berkata UMW Aerospace telah membuktikan ia sebagai penggiat bereputasi baik dalam industri aeroangkasa dalam masa yang singkat.
"Malah, pencapaian ini meletakkan UMW Aerospace dalam kalangan lebih banyak penggiat kukuh dalam industri ini dan dalam kedudukan baik untuk terbabit dalam projek Rolls-Royce pada masa depan,
"Kami yakin pencapaian ini adalah bukti kepada potensi Malaysia untuk menjadi hab aeroangkasa di ASEAN," katanya.
UMW Aerospace Sdn Bhd selaku anak syarikat milik penuh UMW Group merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang menjadi pembekal peringkat satu kepada Rolls-Royce.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021

ARHAM: Kami gembira kerana Malaysia terus bersesuaian dengan strategi pertumbuhan keseluruhan Rolls-Royce bagi rantau ini terutama dengan kejayaannya dalam teknologi Industri 4.0. - Gambar fail/Bernama

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.

Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.

Kemudahan pelancaran ke angkasa lepas di Sabah lonjak Malaysia peneraju teknologi
Tapak pelancaran ke angkasa lepas dijangkakan di Sabah akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN di rantau ini dari segi kemajuan teknologi.

Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.

Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mahu Institusi pendidikan Sarawak seiring bidang teknologi yang sedang diterokai oleh wilayah itu.

Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK
Syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.

Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.

Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini
Hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.

China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia
Roket itu dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia
Program itu bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran STEM.