Malaysia merancang melaksanakan penjenamaan semula minyak sawit dengan prospek mewujudkan skim pensijilan sendiri.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata proses penjenamaan semula itu merupakan usaha untuk membezakan minyak sawit Malaysia dengan sumber lain berikutan komoditi itu telah melalui kawalan kualiti dan penguatkuasaan yang ketat dan sistematik.
"Proses penjenamaan semula ini bertujuan memaklumkan kepada dunia mengenai produk Malaysia dan bagaimana ia dihasilkan serta keyakinan kita bahawa ia mematuhi prinsip-prinsip penerimaan umum seperti yang termaktub dalam 3P iaitu penduduk, bumi dan keuntungan.
"Kita dapat memenuhi ketiga-tiga aspek industri minyak sawit," katanya kepada pemberita selepas menutup bengkel mengenai Penjenamaan semula Minyak Sawit Malaysia, Selasa.
Dompok bagaimanapun berkata idea itu masih dalam peringkat perbincangan dan lebih banyak bengkel akan diadakan bagi membincangkan idea itu selain mendapatkan maklum balas daripada pemegang kepentingan.
Ditanya mengenai tindakan India mengenakan cukai import ke atas minyak sawit mentah (MSM) dan minyak masak, Dompok berkata memandangkan Malaysia tidak mempunyai duti eksport ke atas produk siap dan MSM pada jalur harga semasa, pasaran bagi produk Malaysia mungkin menyaksikan peningkatan berbanding negara yang mengenakan cukai eksport.
"Ia juga meletakkan Malaysia pada kedudukan yang sama dengan negara lain, termasuk Indonesia," katanya.
Minggu lepas, India mengumumkan import MSM dan kacang soya akan dikenakan cukai 2.5 peratus manakala tarif pembelian minyak masak bertapis akan dikekalkan pada 7.5 peratus.
Mengenai pekerja perladangan Bangladesh, Dompok berkata 40,000 pekerja akan dibawa masuk ke Malaysia pada asas kerajaan dan kerajaan, dengan kumpulan pertama 10,000 pekerja dijangka tiba bulan depan.
Ditanya mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa struktur cukai minyak sawit Malaysia perlu dikaji semula, Dompok berkata struktur sedia ada memadai dan memenuhi kepentingan semua pemegang kepentingan.
"Mengenai duti eksport, kami sudah mengambil kira dua perkara iaitu memastikan peladang kelapa sawit tidak terlalu dibebankan serta meletakkan kilang penapis di Malaysia pada kedudukan yang sama dengan kilang penapis lain di rantau ini supaya mereka tidak tertakluk kepada pembelian stok yang mahal," katanya.
Bernama
Tue Jan 22 2013

Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.

Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.

Minyak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.

Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.

Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.