KUALA LUMPUR: Malaysia berusaha untuk menjadikan industri acara perniagaan berada pada kedudukan lima teratas dunia dalam tempoh 10 tahun sebagaimana digariskan dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030.
Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen Pameran Malaysia (MyCEB) Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata matlamat itu mampu dicapai dengan membawa masuk acara “World Expo” ke dalam negara kerana negara-negara ASEAN khususnya masih belum menganjurkan sebarang pameran dari luar.
"Maka, jika kita boleh menjadi negara ASEAN pertama menganjurkan 'World Expo', ia akan mewujudkan impak yang baik kepada industri acara perniagaan kita secara keseluruhan.
"Ini adalah satu inisiatif yang kita wujudkan dalam SMP 2021-2030 itu, iaitu mendapatkan 'World Expo' dianjurkan di negara kita," kata beliau dalam sidang media selepas pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030 di sini semalam yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Dalam ucapannya, Abdul Khani berkata MyCEB terpaksa membatalkan 60 acara dan menangguhkan 28 acara tahun lepas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Justeru, beliau berkata SMP 2021-2030 akan membuka laluan untuk acara perniagaan dan sukan di Malaysia yang mampu melonjakkan industri acara perniagaan negara menjadi lebih kukuh dari sebelumnya dalam dekad mendatang.
Beliau berkata SMP 2021-2030 menyasarkan untuk menyumbang tiga peratus ketibaan pelancong dalam industri pelancongan, selain daripada menjana 25,833 pekerjaan menjelang 2030.
"SMP 2021-2030 merupakan isyarat komitmen sektor itu dan kerajaan untuk bekerjasama buat dekad mendatang dengan mengenal pasti strategi baharu dan peluang baharu untuk berkembang dan mengukuhkan kewujudan kita dalam pasaran sedia ada," katanya.
Sementara itu Nancy dalam ucapan perasmian berkata pelawat acara perniagaan berbelanja tiga kali ganda daripada pelancong biasa dan mempunyai kesan pengganda yang besar dengan 40 peratus daripada mereka datang dengan pasangan dan 60 peratus daripada mereka kembali sebagai pelancong.
Bagaimanapun, beliau berkata ramai yang terlepas pandang bahawa sektor acara perniagaan melakukan sumbangan lebih besar menjangkaui ringgit dan sen.
"Menurut UNTWO (Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) selain daripada menjadi satu pemacu utama pembangunan industri pelancongan, sektor acara perniagaan adalah penjana utama pendapatan, pekerjaan dan pelaburan, manfaatnya menjangkaui pelancongan.
Sejajar dengan aspirasi kementerian, SMP 2021-2030 menumpukan kepada pembangunan pelancongan yang lestari selain memfokuskan kepada pelancong dengan pulangan-tinggi kepada negara," katanya.
SMP 2021-2030 ialah satu acara MyCEB untuk industri acara perniagaan Malaysia dengan tiga teras utama, pengoptimuman, berpandangan jauh dan berdaya saing.
SMP menilai kekuatan dan kelemahan lalu dengan memproses data dalaman bagi merangka strategi masa hadapan dan pelan tindakan sambil mengamalkan pendekatan pemasaran mampan dipacu proses penyesuaian pendigitalan dan inovasi berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021

Abdul Khani (kiri) menyaksikan Nancy Shukri menandatangan plak perasmian ketika melancarkan SMP 2021-2030 di Kuala Lumpur, 15 Apr, 2021. - Foto Facebook/Hajah Nancy Haji Shukri
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Malaysia sasar muncul lima teratas dunia dalam industri acara perniagaan
Matlamat itu mampu dicapai dengan membawa masuk acara "World Expo" ke dalam negara kerana negara-negara ASEAN khususnya masih belum menganjurkan sebarang pameran dari luar.