GEORGE TOWN: Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata ketika ini, pengeluaran akuakultur mewakili 30 peratus daripada jumlah pengeluaran perikanan dan negara merekodkan penggunaan ikan serta produk perikanan per kapita pada 45 kilogram tahun lepas.
"Sektor itu juga menyokong 148,000 nelayan dan penternak akuakultur, jadi menyedari kepentingan sektor terbabit pelbagai usaha untuk mengurus serta membangunkan sektor perikanan secara mampan menjadi keutamaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan jangka panjang.
"Dalam memastikan sasaran itu dapat dicapai, kami juga mengambil beberapa langkah penting antaranya peralatan yang sesuai, mengaplikasikan penggunaan teknologi inovasi yang lebih cekap untuk memastikan kemampanan serta kecekapan industri perikanan termasuk usaha-usaha konservasi, dalam masa sama meningkatkan akta-kata berkaitan perikanan agar mampan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Institut Antarabangsa Ekonomi dan Perdagangan Perikanan (IIFET) ke-21 di sini pada Selasa yang dianjurkan oleh WorldFish dan Jabatan Perikanan Malaysia bermula semalam hingga 19 Julai ini dengan mengumpulkan lebih 200 perwakilan dari dalam serta luar negara termasuk pakar global untuk membincangkan "Sistem Makanan Akuatik dalam Ekonomi Biru".
Kongres itu juga memberi tumpuan pada persilangan antara ekonomi dan perdagangan perikanan serta akuakultur dengan cabaran global utama termasuk kelestarian sistem makanan, ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang semakin meningkat, krisis iklim serta kemungkinan pandemik pada masa depan.
Sementara itu, Arthur berkata sektor perikanan merupakan sebahagian penting daripada keselamatan makanan Malaysia, pembangunan sosioekonomi, peluang ekonomi dan perdagangan serta usaha perlindungan budaya dan alam sekitar.
Beliau berkata pada tahun lepas, sektor perikanan menghasilkan kira-kira 1.79 juta tan metrik ikan yang menyumbang 0.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai dagangan sebanyak AS$3.51 bilion.
"Menjelang 2030, kita perlu hasilkan 2.55 juta tan metrik ikan setahun untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, jadi kami menyasarkan untuk meningkatkan nisbah kecukupan sendiri atau kadar sara diri kepada 97 peratus menjelang 2030 daripada 90 peratus pada masa ini," katanya.
Justeru, beliau berkata penting untuk Malaysia mentransformasi sektor terbabit dengan menyediakan teknologi dan kapasiti teknikal yang diperlukan kepada petani serta nelayan untuk terus maju.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Arthur berkata ketika ini, pengeluaran akuakultur mewakili 30 peratus daripada jumlah pengeluaran perikanan dan negara merekodkan penggunaan ikan serta produk perikanan per kapita pada 45 kilogram tahun lepas. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.