KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggesa penetapan semula keutamaan untuk memastikan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memainkan peranan yang lebih efektif dalam mewujudkan aliran perdagangan yang lebih lancar dan bebas pada Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-12 (MC12) di Geneva.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata walaupun Malaysia menantikan maklum balas WTO terhadap pelbagai isu dalam pelbagai agenda, cabaran yang dihadapi oleh sistem perdagangan pelbagai hala tetap menjadi perkara yang paling utama.
Kenyataan beliau ini dipetik daripada akaun Twitternya menjelang mesyuarat rasmi Menteri Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) bersama 13 negara rakan kongsi lain sebelum menghadiri WTO MC12 di Paris, Perancis, persidangan pertama dalam tempoh empat tahun.
"Bagi IPEF, perbincangan akan tertumpu kepada tonggak yang mana perdagangan akan diketengahkan dengan ketara," kata Mohamed Azmin, sambil menambah mesyuarat IPEF kali ini akan dipengerusikan oleh Duta Besar Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat, Katherine Tai.
Malaysia percaya bahawa sudah tiba masanya untuk memulakan paradigma baharu abad ke-21 bagi memastikan pertumbuhan yang lebih cepat dan adil untuk ekonomi di rantau ini disamping memupuk keterangkuman dan kemakmuran bersama, katanya.
Beliau juga menyatakan antara lain, bahawa penggubalan semula peraturan baharu itu akan membolehkan rakan kongsi rangka kerja meneroka peluang serta kemungkinan baharu dalam meningkatkan daya saing, daya tahan ekonomi dan kemakmuran serantau selain memudahkan pertumbuhan yang rancak dan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Mohamed Azmin berkata walaupun Malaysia menantikan maklum balas WTO terhadap pelbagai isu dalam pelbagai agenda, cabaran yang dihadapi oleh sistem perdagangan pelbagai hala tetap menjadi perkara yang paling utama. - Gambar fail/BERNAMA
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.