KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turki menandatangani Deklarasi Bersama mengenai Perluasan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara kedua-dua kerajaan untuk memperkukuh mandat dalam melaksanakan perluasan perjanjian untuk merangkumi bab mengenai perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dalam kenyataan hari ini, MITI berkata perjanjian itu ditandatangani antara menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Turki Mehmet Muş semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke negara itu dalam usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala dan menunjukkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
“Pemeteraian Deklarasi Bersama itu melambangkan komitmen kukuh daripada kedua-dua negara untuk terus mengambil langkah liberalisasi yang progresif semasa bentuk dasar perlindungan yang baharu mula wujud,” katanya.
Miti berkata mesyuarat dua hala antara Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan, dan Mehmet telah membincangkan spektrum yang luas mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dua hala.
“Ini terutamanya, perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) dan hala tuju ke hadapan untuk meneruskan rundingan bagi memperluas MTFTA.
“Kedua-dua menteri bersetuju untuk meningkatkan usaha bagi memuktamadkan rundingan berasaskan teks mengenai perluasan MTFTA pada tahun ini,” katanya.
Sementara itu, dalam acara berasingan, Azmin turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Dasar Induk antara Sapura Technics Sdn Bhd dan Turkish Airlines Technic Inc di Istanbul, menandakan usaha sama strategik mengenai operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.
“Pemeteraian tersebut menjadi bukti kepada usaha kerajaan dalam terus mengukuhkan hubungan perniagaan yang berterusan antara Malaysia dan Turki selain meningkatkan kemajuan ekosistem aeroangkasa Malaysia untuk menjadi peneraju serantau,” menurut MITI.
Dalam pada itu, Azmin menjelaskan strategi keluar Malaysia yang jelas dan komprehensif melalui Pelan Pemulihan Negara dan berkongsi bahawa Malaysia mempercepatkan program imunisasinya, menyasarkan untuk memastikan Malaysia akan mempunyai jalan keluar daripada pandemik yang cepat dan lancar serta seiring dengan trajektori pemulihan ekonomi yang kukuh dan berterusan.
“Menteri kanan itu memberi jaminan bahawa Malaysia komited untuk memastikan kemudahan menjalankan perniagaan melalui dasar yang mesra perniagaan dan langkah-langkah komprehensif untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi.
“Selain itu, pelaburan yang berkualiti dan berimpak tinggi dari Turki turut dialu-alukan untuk terus menjadi pemangkin kepada pewujudan nilai Malaysia, sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional negara,” menurut MITI.
Menurut MITI, Turki merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dan sumber import kelima di rantau Asia Barat pada 2020.
Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara adalah sebanyak RM9.62 bilion dengan eksport Malaysia ke Turki berjumlah RM7.62 bilion dan import sebanyak RM2 bilion.
Bernama
Tue Jul 13 2021

Mesyuarat antara Mohamed Azmin dan Mehmet telah membincangkan spektrum yang luas mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dua hala.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).

'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.

PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.

Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.

PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin

Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.

Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.

Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.