KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului sebagai pasaran Sukuk terbesar dunia pada 2020, dengan kebanyakan terbitan berkaitan dengan prinsip Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Memetik laporan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), beliau berkata Malaysia menyumbang lebih 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran sukuk dunia atau kira-kira US$258 bilion.
"Negara mencatatkan lebih banyak terbitan Sukuk yang berkaitan dengan prinsip Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab.
"Daripada membiayai prasarana tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro, kepada menyokong tujuan sosial, seperti pembiayaan mikro dan pendidikan, penerbit Sukuk Malaysia kelihatan berminat dengan usaha niaga seperti itu, mencerminkan peningkatan komitmen kukuh ke arah masa depan yang mampan menerusi produk pembiayaan Islam," katanya dalam satu ucapan khas bersempena dengan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) ke-16 yang diadakan secara maya pada Selasa.
Tengku Zafrul berkata data daripada pasaran saham dan industri pengurusan dana juga membuktikan kewangan Islam menunjukkan daya tahan yang padu dan terus menarik pelabur semasa tempoh tidak menentu ini.
"Ini membawa kepada lebih banyak permintaan terhadap pelaburan berasaskan Syariah dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan berkembang daripada 22 peratus daripada keseluruhan aset pada 2017 kepada 24 peratus pada akhir 2020 bernilai RM217 bilion," katanya.
Mengenai perkembangan lain, beliau berkata Malaysia akan membangunkan Hab Kewangan Islam 2.0 di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
Menurutnya, di bawah 15 Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utamanya (KEGA), Malaysia berkedudukan baik untuk menerajui sektor ini di peringkat global.
"Inisiatif lain adalah untuk menggerakkan kemakmuran bersama termasuk kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam menggunakan struktur wakaf bagi tujuan sosial," katanya.
Tengku Zafrul berkata WKB2030 juga mengetengahkan potensi dan rancangan Malaysia untuk memanfaatkan pasaran halal bernilai US$3 trilion.
"Komitmen kukuh Malaysia dalam mempromosikan industri halal boleh dilihat menerusi pelaburan kita bernilai RM14 bilion untuk membangunkan taman halal dengan perniagaan berorientasikan halal akan mendapat manfaat daripada prasarana, perkhidmatan sokongan dan insentif cukai.
"Ini bukan sahaja akan memacu hasrat Malaysia menjadi hab halal global, tetapi juga membantu dunia menjadi lebih berdaya tahan pada era pasca pandemik, dipandu oleh prinsip teras sosio ekonomi dan kemampanan alam sekitar ekonomi Islam, serta ekuiti sosial, perdagangan adil dan kepenggunaan beretika," katanya.
Melangkah kehadapan, beliau berkata, kementerian itu akan menumpukan kepada enam keutamaan tahun ini dan berharap industri kewangan Islam akan memberikan sokongan sepenuhnya bagi bidang tumpuan seperti mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana dan mempercepat pelaksanaan projek khusus bagi memacu pemulihan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021

Tengku Zafrul berkata, berkata Malaysia menyumbang lebih 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran sukuk dunia atau kira-kira US$258 bilion. - Gambar fail/BERNAMA

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Malaysia terajui terbitan Sukuk global pada 2020, kebanyakannya berkaitan SRI - Tengku Zafrul
Malaysia mendahului sebagai pasaran Sukuk terbesar dunia pada 2020, dengan kebanyakan terbitan berkaitan dengan prinsip Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).

Khazanah terbit sukuk dolar USD750 juta
Khazanah Nasional Berhad menerbitkan sukuk didominasi dolar bernilai US$750 juta (RM3.15 bilion) untuk tempoh matang 5 tahun

Hong Leong Islamic raih Anugerah Rundingan Kewangan Islamik Terbaik
Kemenangan HLISB dalam Penganugerahan Global Finance 2014 adalah berdasarkan penglibatannya dalam program Sukuk Wakalah.