KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand menyasarkan nilai hubungan dagang dua hala mencecah AS$30 bilion (AS$1=RM4.70) menjelang 2027.
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di sini, pada Khamis, kata kenyataan media bersama dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan Thailand Phumtham Wechayachai, juga membuktikan kepentingan hubungan ekonomi yang lama terjalin antara dua negara berkenaan.
Perdagangan Malaysia-Thailand mencecah purata AS$24.73 bilion setahun dalam tempoh tujuh tahun lepas (2017-2023) dengan nilai tertinggi pada AS$27.74 bilion dalam 2022.
"Walaupun perdagangan dua hala pada 2023 susut kepada AS$24.83 bilion susulan dagangan global yang lebih perlahan, Malaysia kekal sebagai rakan dagang terbesar Thailand di ASEAN," katanya.
MITI berkata antara perjanjian utama yang dicapai adalah penubuhan pasukan petugas khas dalam bidang perdagangan dan pelaburan bagi meningkatkan aspek memudahcara perdagangan sempadan untuk meraih sasaran perdagangan selain meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan.
Di samping itu, Malaysia dan Thailand juga bersetuju memudahcara usaha pengimportan dan pengeksportan produk-produk pertanian dan meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang seperti getah, pengangkutan darat dan kesalinghubungan, keusahawanan, francais, pertanian dan persekitaran digital meliputi pengenalan digital, pusat data, keselamatan siber, bakat atau tenaga kerja digital selain menyokong kerjasama sektor swasta.
"Aspek lain yang turut dipersetujui kedua-dua negara adalah meneruskan kerjasama dalam mempromosi produk halal menerusi aktiviti penggalakan eksport.
"Di bawah kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada 2025, kedua-dua negara menzahirkan keyakinan bahawa Visi Komuniti ASEAN 2045 serta Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030 dapat dimuktamadkan menjelang 2025," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Perdagangan Malaysia-Thailand mencecah purata AS$24.73 bilion setahun dalam tempoh tujuh tahun lepas (2017-2023) dengan nilai tertinggi pada AS$27.74 bilion dalam 2022. - Gambar fail
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Pembinaan tembok sempadan di Sungai Golok masih dalam cadangan - Saifuddin Nasution
Pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok, Kelantan masih dalam peringkat cadangan.

Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.

IMT-GT JBC Malaysia alu-alukan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
IMT-GT JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.

Pasukan Khas ditubuhkan sempena pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
Laluan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi pintu Bukit Kayu Hitam dijangka mulai sibuk selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei depan.

Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.

SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam
Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.

ATM, PGA kekal kawal sempadan meskipun banjir, pos dinaiki air
Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos mereka dinaiki air.

Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis
Siasatan berhubung kes berkenaan dibuka dibawah Seksyen 130V, BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.

Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Semua suspek itu disyaki mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.

Polis tubuh pasukan khas bawa pulang 3 suspek tembak anggota PGA dari Thailand
Datuk Huzir Mohamed, semua mereka termasuk seorang yang dikenal pasti sebagai ketua sindiket diperlukan bagi melengkapkan siasatan.