SHAH ALAM: Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kebaikan kepada Malaysia, kata Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
RCEP yang dijadual diratifikasi pada tahun 2022 bakal menyediakan akses pasaran lebih besar kepada pemain tempatan dan peluang untuk mereka lebih berdaya saing di peringkat global, katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan oleh Global Development Policy Centre of Boston University yang menyatakan jumlah perdagangan negara akan menurun sebanyak 36 peratus setahun selepas pelaksanaan RCEP.
"15 anggota RCEP mewakili satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), justeru dengan memberi pendapat bahawa prestasi perdagangan Malaysia akan merosot...saya rasa terlalu awal untuk menyatakannya kerana RCEP membuka laluan akses pasaran yang lebih besar," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rapat Malaysia Prihatin peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.
Penganjuran Rapat Malaysia Prihatin yang diadakan pada hari ini memberi peluang kepada komuniti ekonomi di Selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya dalam membantu melonjakkan ekonomi negeri tersebut.
Terdahulu Azmin dalam ucapan pada majlis itu berkata lebih daripada 662,000 pekerja dan 78,000 majikan di Selangor telah diselamatkan melalui Inisiatif Subsidi Upah dengan bayaran sebanyak RM3.28 bilion.
"Seramai 1.8 juta rakyat Selangor dalam kalangan B40 dan M40 telah menerima Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM2.8 bilion. Selain itu, kerajaan juga membela nasib hampir 180,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor melalui Geran Khas Prihatin (GKP) berjumlah RM532 juta.
"Kira-kira 9,000 peniaga kecil di Selangor dibantu dengan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM136 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021

Menurut Mohamed Azmin, RCEP yang dijadual diratifikasi pada tahun 2022 bakal menyediakan akses pasaran lebih besar kepada pemain tempatan dan peluang untuk mereka lebih berdaya saing di peringkat global. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP - Azmin
Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP dengan menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kebaikan kepada Malaysia.