KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memproses lebih 200,000 permohonan bantuan pembayaran semula dan meluluskan semua permohonan yang layak diproses berjumlah RM32 bilion sehingga Mei 2021.
Daripada permohonan yang diluluskan itu, 37 peratus telah diberikan lanjutan penangguhan pembayaran semula pinjaman dan pembiayaan mereka, kata bank berkenaan.
"Baki daripada pelanggan itu telah dibenarkan membuat pembayaran ansuran lebih rendah dengan tempoh yang dipersetujui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak bank terus menyediakan pelbagai solusi pembiayaan untuk perniagaan dan individu, serta mengulangi komitmennya untuk terus menyediakan bantuan pembayaran semula yang tersedia bagi membantu individu serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan masih boleh menghubungi pihak bank untuk berbincang dan mencari pakej yang paling sesuai bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka dan permohonan boleh dibuat secara mudah melalui pelbagai saluran termasuk dalam talian demi kemudahan pelanggan.
"Keutamaan Maybank adalah untuk memastikan bahawa pelanggan terus mendapat akses kepada bantuan kewangan serta aliran tunai yang diperlukan agar mereka dapat memberi tumpuan kepada pengurusan kewajipan mereka yang lain semasa tempoh mencabar ini," katanya.
Menurut Maybank, bagi memudahkan para pelanggan, permohonan bagi bantuan tersebut boleh dilakukan dengan mudah menerusi empat saluran, termasuk dalam talian menerusi Maybank2u (untuk pelanggan individu dan perniagaan milikan tunggal) atau Maybank2u Biz (untuk perusahaan mikro dan PKS) serta menerusi e-mel kepada [email protected] (untuk pelanggan individu) atau [email protected] (untuk pelanggan PKS).
Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan bank itu, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaann Auto (mana yang berkaitan) di seluruh negara; atau hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688, dan tekan *1 untuk Bantuan Pembayaran Balik.
Pihak bank juga menggesa kepada pelanggan yang memerlukan bantuan, memohon melalui e-mel, telefon atau secara dalam talian untuk kemudahan dan keselamatan mereka, dan sesiapa yang ingin memohon di cawangan bank, digalakkan untuk membuat janji temu secara dalam talian dengan menggunakan Maybank EzyQ (melalui Maybank2u) sebelum hadir di cawangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Keutamaan Maybank adalah untuk memastikan bahawa pelanggan terus mendapat akses kepada bantuan kewangan serta aliran tunai yang diperlukan. - Gambar fail/Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aplikasi MAE akan hanya menyokong iOS 14 dan terkini berkuat kuasa 31 Mac 2025
Pengguna yang menggunakan sistem operasi sebelum iOS 14 tidak dapat menggunakan aplikasi MAE selepas tarikh berkenaan.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.

Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.

BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.

Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.

Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun
Dana yang dikunci tidak boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, dan lain-lain.