SUBANG: McDonald's Malaysia tidak bercadang untuk menaikkan harganya dalam masa terdekat meskipun berdepan peningkatan kos bahan mentah dan cabaran inflasi.
Bagaimanapun, syarikat itu akan terus mengkaji semula struktur kosnya berdasarkan situasi ekonomi semasa dan permintaan terhadap makanan segera, kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarannya, Melati Abdul Hai.
"Perniagaan menerima impak kerana dolar AS telah meningkat, jadi kosnya lebih tinggi untuk kami, tetapi kami akan berusaha menanganinya. Namun begitu, kami tidak mempunyai rancangan (untuk menaikkan harga) buat masa ini.
"Bagi tahun depan, kami masih menyusun rancangan kami, jadi sukar untuk dikatakan," katanya kepada Bernama selepas program media 'Taste the Change With McDonald's Iconic Burgers' di sini, hari ini.
Melati berkata harga sajian McDonald's telah meningkat tetapi pada tahap yang sangat minimum iaitu satu peratus atau lebih rendah kerana syarikat mengutamakan sentimen pengguna.
"Penting bagi kami untuk menawarkan nilai yang baik kepada pelanggan kami. Apabila mereka datang ke McDonald's, mereka akan mendapat makanan yang sangat lazat yang disediakan secara bersih pada harga berpatutan," katanya.
Menurutnya, McDonald's Malaysia kini sedang melaksanakan pelan perniagaan lima tahun, Visi 2026, yang termasuk pembukaan 205 cawangan baharu menjelang 2026.
Ketika ini, syarikat itu memiliki lebih daripada 330 restoran dan menggaji lebih daripada 15,000 pekerja di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Syarikat itu akan terus mengkaji semula struktur kosnya berdasarkan situasi ekonomi semasa dan permintaan terhadap makanan segera. - Bernama

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Papan tanda McDonald's terbakar
Kejadian itu tular dalam media sosial apabila api marak membakar struktur di papan tanda tersebut.

Mesin minuman rosak jadi punca dua pekerja McDonald's Peru maut
Dua orang pekerja McDonald's, Alexandra Porras, 18, dan Carlos Gabriel Campo, 19 terkena renjatan elektrik pada Ahad lalu sewaktu bertugas.