KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mahu bertindak lebih bersasar dalam menarik dan mengekalkan pelaburan, dan ini akan bermula dengan penyertaan dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata sejak pelantikannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur.
Selain itu, beliau telah mengenal pasti pelbagai isu utama bukan sahaja berhubung usaha menarik malah juga mengekalkan pelaburan yang tepat untuk mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi bagi rakyat Malaysia, meningkatkan gaji secara umum, dan membina semula kelas pertengahan pascapandemik.
Ini akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan untuk negara dalam jangka masa panjang, katanya.
Beliau berkata bagi tujuan itu, MITI dan delegasi Malaysia ada tiga keutamaan semasa WEF yang akan berlangsung pada 16 hingga 20 Jan, 2023 iaitu bertemu dan menerangkan hala tuju kerajaan dengan industri tertentu serta mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti pelaburan antarabangsa yang disasarkan.
"Kedua, kita mahu mengetengahkan agenda kerajaan dan ekonomi dalam isu-isu penting ekonomi global terutama dasar-dasar kerajaan Malaysia dalam panel khas forum kali ini.
"Ada sesi tertutup, sesi khas dan kita menggunakan platform tersebut untuk mengetengahkan agenda kerajaan dan saya sendiri telah diundang untuk bercakap dalam beberapa panel tentang Asean, rantaian ekonomi global dan risiko ekonomi global," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Antara sesi berjadual yang akan disertai oleh Tengku Zafrul adalah mengenai kos fragmentasi ekonomi, rantaian bekalan dan pengangkutan serta sesi bertajuk 'Living with Risk' dengan beliau akan menjadi antara tiga ahli panel.
Beliau juga akan berada dalam sesi dua panel mengenai 'Global Trade: Navigating The Post Pandemic Supply Chain Challenge' bersama-sama dengan Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif DP World yang berpangkalan di Dubai, H.E. Sultan Ahmed Bin Sulayem.
Sesi itu akan menumpukan sama ada kuasa makroekonomi -- seperti inflasi, ketegangan geopolitik, lonjakan harga komoditi, gangguan rantaian bekalan dan kekangan kapasiti -- akan berterusan sehingga 2023 dan cara untuk syarikat boleh mencipta rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan.
Tengku Zafrul berkata keutamaan ketiga delegasi Malaysia adalah menguar-uarkan perkembangan terkini Malaysia dan maklumat mengenai hala tuju dan pemikiran kerajaan berhubung isu-isu kelestarian seperti alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang semakin penting.
"Kita kena fokus kepada komuniti pelaburan yang menekankan isu ESG ini. Naratif utama yang akan turut dibawa MITI adalah kestabilan politik, pascapilihan raya umum baru-baru ini supaya kita boleh menjana ekonomi yang lebih kondusif dan inklusif untuk membantu menarik pelaburan," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga komited dengan dasar properniagaan.
"Kita terbuka kepada perniagaan, meletakkan Malaysia sebagai negara yang strategik untuk pelaburan kredibiliti dan sebagai pintu masuk ke Asia Tengara," katanya.
Ketika ditanya mengenai isu hangat yang akan dibincangkan di WEF, beliau berpendapat WEF akan didominasi oleh isu keresahan perniagaan, komuniti perniagaan dan pemimpin kerajaan tentang prospek ekonomi global yang kelihatan suram pada 2023.
"Namun demikian, Malaysia perlu mempamerkan bahawa pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini boleh didorong oleh pertumbuhan ekonomi di Asia juga, termasuk di Malaysia," katanya.
Tengku Zafrul berkata ini terutama dengan pembukaan semula China, ia akan sedikit sebanyak membantu ekonomi di Asia dan Asia Tengara, termasuk Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Tengku Zafrul berkata, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur. - Gambar fail
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Anggota ASEAN perlu fokus pembangunan mampan sebagai satu kumpulan - Pakar
Jeffrey D Sachs, profesor ekonomi terkemuka dari Universiti Columbia berkata, ekonomi baharu itu sedang berusaha menjadi mampan alam sekitar.
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan.
Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.
Kerjasama global terbantut selepas berada dalam aliran meningkat selama sedekad - WEF
Walaupun terdapat krisis keselamatan global, momentum positif dalam kewangan iklim, perdagangan dan inovasi telah memberikan sedikit harapan.
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
Ekonomi Singapura berkembang 4.3 peratus pada suku keempat pada 2024 - MTI
Bagi sepanjang tahun itu, ekonomi negara itu berkembang sebanyak 4.0 peratus, mengatasi pertumbuhan 1.1 peratus pada 2023.
ASEAN25: Malaysia perlu cadang langkah tambahan manfaatkan ZOPFAN bantu ekonomi rakyat – Bekas Duta Besar
Malaysia perlu memanfaatkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan rakyat di Malaysia dan negara-negara anggota.