PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) yakin sasaran 60 peratus perbelanjaan daripada peruntukan Belanjawan 2023, dapat dicapai bulan depan bagi menyokong langkah kerajaan menyegerakan pelaksanaan projek-projek cakna rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bercakap kepada media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan Tahun 2022 di sini hari ini, Ahmad berkata MoF telah mengagihkan peruntukan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 kepada agensi dan kementerian terlibat.
"Kita yakin ini akan dicapai sebab segala wang yang sepatutnya disalurkan dan patut mengikut tempoh terbabit, telah diberi kepada semua kementerian dan agensi.
"Perbelanjaan operasi itu mudah sebab pada setiap bulan gaji, penyelenggaraan dibuat secara berkala. Apa yang menjadi kesukaran perbelanjaan ini adalah mengenai perbelanjaan pembangunan yang kita nak teliti sungguh-sungguh supaya segalanya dipermudah dan dipercepat manakala pada masa sama tata kelola tadbir urus sentiasa dilakukan," katanya.
Di Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu 60 peratus daripada peruntukan Belanjawan 2023 dibelanjakan pada Ogos ini.
Ketika berucap, Anwar berkata setakat Jun lepas, sebanyak RM188 bilion atau 49 peratus daripada peruntukan Belanjawan 2023 berkenaan telah dibelanjakan.
Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala RM99 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Mengulas selanjutnya, Ahmad berkata kerajaan juga berharap agar tiada agensi atau kementerian yang bertindak mengembalikan wang peruntukan di bawah Belanjawan 2023 kepada MoF.
"Kita tidak gemar jika ada kementerian kembalikan peruntukan kerana ini menunjukkan ketidakcekapan. (Namun) tidak mengapalah jika ada asas-asas sepatutnya seperti pengambilan tanah yang tidak selesai bagi tujuan pembinaan," katanya.
Ahmad berkata Perdana Menteri juga telah mengumumkan beberapa langkah untuk menyegerakan pelaksanaan projek cakna rakyat seperti penurunan kuasa bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil bawah RM1 juta yang boleh dilaksanakan tanpa merujuk kepada Jabatan Kerja Raya.
"Penekanan diberikan pada projek-projek kecil kerana itulah pendekatan untuk dapat menyegerakan atau meningkatkan pelaksanaan dan perbelanjaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Ahmad berkata Perdana Menteri juga telah mengumumkan beberapa langkah untuk menyegerakan pelaksanaan projek cakna rakyat seperti penurunan kuasa . - Gambar fail/BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.

ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.

Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.