KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi memajukan syarikat teknologi dan digital tempatan.
MoU tersebut berfungsi sebagai platform untuk mengembangkan program pembangunan berasaskan teknologi sambil menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam perniagaan di Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan, syarikat ekosistem MTDC dan rakan kongsi berpeluang memanfaatkan penyelesaian digital yang disediakan bagi memperkasa dan menambah baik perkhidmatan mereka.
“MTDC sentiasa menggalakkan syarikat ekosistemnya untuk mengambil bahagian dalam program Digital Malaysia dan menerima status MD kerana ia akan lebih meningkatkan kemampuan digital mereka.
“Secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan daya saing di kalangan pemain industri dan membantu dalam meningkatkan ekonomi digital yang sedia ada,” katanya.
Sementara itu, inisiatif Program Pemangkin Digital Malaysia (PeMangkinMD), MD Tasree’ turut diperkenalkan kepada syarikat ekosistem MTDC yang telah menerima pembiayaan Pembangunan Teknologi Halal (HTDF) dari MTDC.
Sebanyak dua belas syarikat daripada sektor makanan, minuman serta pembuatan hadir dalam program tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata ia adalah platform yang membantu syarikat meningkatkan perniagaan mereka dalam ekonomi digital dan pasaran halal yang berkembang pesat.
“Dengan usaha berterusan ke arah pendigitalan, adalah penting bagi syarikat-syarikat teknologi ini untuk mengetengahkan sektor halal melalui inisiatif PeMangkinMD.
“MDEC akan terus bekerjasama dan menyokong syarikat-syarikat ini, di mana usaha sedemikian akan menyumbang ke arah menjadikan Malaysia hab digital ASEAN,” jelasnya.
PeMangkinMD telah diumumkan pada April tahun lalu oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam melengkapkan tenaga kerja negara dengan kemahiran digital, merangsang inovasi teknologi dan menarik pelabur asing untuk menubuhkan operasi mereka di Malaysia.
Sembilan sektor PeMangkinMD merangkumi kewangan digital, kewangan digital Islam, perdagangan digital, pertanian digital, pelancongan digital, kandungan digital, perkhidmatan digital, kesihatan digital dan bandar digital.
Dengan mengguna pakai inisiatif MD Tasree, syarikat HTDF MTDC akan berpeluang memainkan peranan utama dalam revolusi digital global dan ekonomi digital selain menerima status Malaysia Digital (MD).
Malaysia Digital ialah inisiatif strategik negara untuk membantu peniaga tempatan kekal berdaya saing melalui pendigitalan.
Industri halal Malaysia diunjur berkembang kepada AS$113.2 bilion menjelang 2030, dengan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030).
Astro Awani
Mon Mar 04 2024

Peserta inisiatif Program Pemangkin Digital Malaysia MDEC,terdiri daripada penerima Dana Pembangunan Teknologi Halal (HTDF) MTDC dan penerima MDEC, Syarikat Ekonomi Digital Islam (IDE) serta pasukan Pengurusan Kanan MTDC dan MDEC. - Foto MTDC

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.

MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.

R2G 2024 Central: Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran R2G 2024 Central satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat.

Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Pencapaian besar yang menunjukkan potensi syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dan bersaing di pentas global.

MTDC umum penyenaraian 3REN Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini mengumumkan syarikat pelaburannya, 3REN Berhad, bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bermula 6 November ini.

MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.

MTDC pacu inovasi tempatan dengan bengkel TVET dan Teknousahawan
Dalam usaha menghasilkan lebih ramai teknousahawan tempatan, MTDC menganjurkan bengkel Teknousahawan dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ke-6 untuk golongan pendidik TVET.

MTDC, MDEC ganding bahu sedia penyelesaian digital agar syarikat tempatan terus berdaya saing
MTDC dan MDEC menandatangani MoU untuk mengembangkan syarikat teknologi digital Malaysia, meningkatkan ekonomi digital dan memperkukuh sektor halal.

MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.

Syarikat pemula Sarawak diseru sertai program anjuran MTDC
Kerjasama rapat yang terjalin di antara MTDC dengan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) ketika ini telah membantu menjayakan agenda tersebut.