SUBANG JAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayner Teo.
"Mana-mana syarikat yang mempunyai pemegang saham, sudah tentu terdapat hasrat untuk penyenaraian dan kami mahu menyenaraikan di Bursa Malaysia selepas kami mempunyai keupayaan dalam tempoh tiga tahun," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dalam usaha mencapai tujuan itu, Teo berkata banyak faktor dan kerja telah dibuat bagi memastikan syarikat penerbangan itu berada pada kedudukan yang baik untuk disenaraikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
PAJAKAN 17 PESAWAT AIRBUS A320
Beliau juga berkata syarikat penerbangan itu telah memeterai perjanjian untuk memajak 17 pesawat Airbus A320-200 dan menyasarkan penyewaan sejumlah 20 pesawat berbadan sempit menjelang akhir 2023.
"Secara teknikal sekarang, kami beroperasi dengan lima pesawat dan tambahan satu lagi, telah mengalami kelewatan penghantaran baru-baru ini, bagaimanapun, kami berusaha supaya operasi dapat kembali normal," katanya.
Baru-baru ini, syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa ia mengalami masalah teknikal yang telah menyebabkan kelewatan dan pembatalan penerbangan. Penambahan pesawat baharu itu sepatutnya mampu menyelesaikan isu-isu tersebut tetapi kelewatannya telah menyumbang kepada masalah berkenaan.
"Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kami pada dasarnya mengoperasikan pesawat berbadan sempit sambil memberi tumpuan kepada laluan jarak dekat. Oleh itu, kami menghadkan penerbangan dalam jarak empat jam untuk pesawat badan sempit dan kami juga memilih pesawat daripada keluarga model yang sama," katanya, sambil menambah syarikat penerbangan itu akan mempertimbangkan model dalam keluarga A320 bagi pesawat yang lebih panjang dan cekap bahan api pada masa akan datang.
LEBIH BANYAK LALUAN, PERMINTAAN KUKUH
Mengulas lanjut mengenai pengembangan laluan syarikat penerbangan itu, MYAirline mengendalikan lapan laluan yang merangkumi Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Kota Bahru, Pulau Pinang, Tawau, Sibu dan Miri.
"Menjelang April, laluan kesembilan akan beroperasi iaitu yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Tawau iaitu laluan domestik Sabah. Kami akan meneroka sektor domestik yang lain. malah pasukan kami sedang membuat kajian pasaran untuk Sandakan dan Bintulu," jelasnya.
Syarikat itu banyak memberi tumpuan untuk melancarkan beberapa laluan serantau membabitkan beberapa negara jiran sebagai permulaan.
"Antaranya adalah Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan kami sibuk berbincang dengan pengawal selia yang berkaitan di negara-negara ini bagi mendapatkan kebenaran penerbangan secepat mungkin."
Teo juga menjangkakan pasca COVID-19 akan menyaksikan lonjakan permintaan untuk perjalanan udara dan industri penerbangan pulih terutamanya di rantau ini.
"Memandangkan kami adalah syarikat penerbangan yang baharu, keupayaan untuk melancarkan penerbangan tambahan adalah terhad dan kami tidak dapat melaksanakan penerbangan tambahan semasa Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, kami merancang mengadakan satu atau dua penerbangan tambahan bagi Aidilfitri dan kami hanya akan menggunakan sebahagian kecil pesawat ganti kami.
MYAirline kini mempunyai hampir 600 kakitangan termasuk kira-kira 100 juruterbang. Ia juga sentiasa mengemas kini tawaran terkini melalui laman web dan aplikasi mudah alihnya.
"Kami sepatutnya menamatkan tahun ini dengan lebih kurang 1,000 pekerja," kata Teo.
"Kami dipanggil 'Gila' kerana mahu memulakan sebuah syarikat penerbangan semasa COVID-19 yang menyaksikan semua pesawat pada dasarnya digantung tetapi kami percaya masa adalah sangat kritikal dan, pada masa yang sama, (kami) dapat memperoleh aset dengan tawaran menarik... permintaan sudah pasti akan kembali kukuh," katanya.
Beliau ketika mengulas mengenai usaha kelestarian berkata agenda hijau merupakan antara objektif utama dalam mengendalikan syarikat penerbangan itu, ia dilaksanakan dengan menubuhkan sistem pengurusan dokumen tanpa kertas, diikuti dengan membawa masuk kerusi pesawat mesra alam dan ergonomik pertama di negara ini.
"Mengenai penggantian bahan api dengan bahan api penerbangan mampan (SAF), ia mungkin bukan masa yang tepat disebabkan oleh kos tetapi kami percaya SAF akan menjadi normal pada masa depan dan kami akan menjadi salah satu yang pertama menggunakannya apabila masa agak sesuai," katanya.
Teo ketika menjelaskan mengenai Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang yang dicadangkan baru-baru ini memberitahu ia merupakan langkah kritikal bagi mewujudkan operasi lapangan terbang bandar, yang mungkin mengambil masa untuk melihat pembangunan semula itu selesai.
"Kami telah pun menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk menyatakan hasrat kami bagi menjadi sebahagian daripada pelan itu dan sasaran kami akan menjurus kepada perusahaan kecil dan sederhana serta korporat berdasarkan kedudukan pasaran untuk pelan penjanaan semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Banyak faktor dan kerja telah dibuat bagi memastikan syarikat penerbangan itu berada pada kedudukan yang baik untuk disenaraikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. - Foto fail/Dagang News
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.

Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.

MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.

MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.

Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.

Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.

MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.

Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.

MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.

MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.