KUALA LUMPUR: Ekonomi digital disifatkan instrumen penting untuk negara menuju ke arah usaha pemulihan dan menjamin ketahanan masa depan ekonomi Malaysia.
Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat di negara ini perlu merebut peluang yang disediakan termasuk menerusi inisiatif MyDIGITAL yang bertujuan mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dengan berpaksikan teknologi dan pendigitalan.
Selain itu, MyDIGITAL juga katanya sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.
"Kami (kerajaan) berhasrat untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan untuk semua rakyat Malaysia.
"Dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital melalui MyDIGITAL, kami menganggarkan ia akan meningkat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 22.6 peratus menjelang 2025, dan ini bermaksud 500,000 pekerjaan baharu menjelang 2025.
"Bagi perniagaan pula, (ia) akan dapat memanfaatkan pasaran yang lebih meluas menerusi aliran pendapatan digital untuk meningkatkan kecekapan kos menerusi teknologi awan.
"Kami berhasrat untuk melihat 875,000 perusahan mikro kecil dan sederhana (PMKS) merangkul e-Dagang digital menjelang 2025," katanya ketika berucap secara maya pada program Grow with Google: Advancing economic recovery together, hari ini.
Jelas beliau, ekonomi dan teknologi digital amat penting untuk mengekalkan perniagaan dan memberi peluang kepada murid-murid untuk terus belajar, khususnya dalam situasi pandemik.
Katanya, mengikut laporan AlphaBeta, tranformasi digital berpotensi menjana sehingga RM257 bilion dalam nilai ekonomi tahunan di Malaysia menjelang 2030, jika ia dimanfaatkan sepenuhnya.
"Selain itu, dalam sektor kerajaan, kami komited untuk mengalih sebanyak 80 peratus perkhidmatan kerajaan ke dalam talian menjelang 2025 untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ketelusan.
"Kita bertekad untuk bergerak menuju ke arah Malaysia Digital menjelang 2030, tetapi kita tidak boleh mencapainya bersendirian.
"Kami percaya pada kepentingan perkongsian awam-swasta. Justeru, sektor swasta harus menjadi rakan kongsi setaraf dalam memacu MyDIGITAL agar kita dapat mencapai visi ekonomi digital kita," ujar beliau lagi.
Tambah Mustapa, kerajaan akan menjadi pemangkin dengan mewujudkan persekitaran yang memudahkan agar sektor swasta dapat mengetengahkan modal dan kemahiran yang diperlukan bagi transformasi digital.
Mengambil contoh Google, beliau berkata syarikat gergasi teknologi itu telah menjadi rakan kongsi industri yang komited untuk memajukan pemulihan ekonomi Malaysia dan juga visi ekonomi digital.
Ia termasuk melalui penganjuran program kemahiran "Mahir Digital Bersama Google" yang menyediakan latihan secara percuma untuk membantu PMKS berkembang dalam talian.
"Ini amat penting pada 2020, di mana perniagaan terpaksa beralih dalam talian untuk kekal beroperasi. Sejak program itu dilancarkan pada 2019, lebih 15,000 rakyat Malaysia telah memanfaatkannya.
"Kami menggalakkan inisiatif seiras daripada sektor swasta. Sesungguhnya, MyDIGITAL memerlukan usaha seluruh negara, tidak kira sektor swasta mahupun awam untuk berjaya," katanya.
Justeru dalam mengorak langkah ke hadapan, beliau berharap agar MyDIGITAL akan memandu Malaysia ke laluan yang mampu menguasai peluang ekonomi digital dan memanfaatkannya untuk rakyat, perniagaan serta masyarakat setempat.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 21 2021

Kata Mustapa, kerajaan akan menjadi pemangkin dengan mewujudkan persekitaran yang memudahkan agar sektor swasta dapat mengetengahkan modal dan kemahiran yang diperlukan bagi transformasi digital. - Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Google Play Store mula beri amaran tidak muat turun aplikasi kurang popular
Amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.

Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.

Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.

China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.

Google Search kini ada permainan mini 'Block Breaker'
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan yang lain.

Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Perubahan itu hanya akan dapat dilihat di AS, tetapi masih kekal sebagai Teluk Mexico di Mexico.