KUALA LUMPUR:MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) melancarkan dua tender untuk mendapatkan perkhidmatan perunding bagi membantu pengemukaan kawal selia kepada pihak berkuasa relevan berkaitan dengan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).
Ini selaras dengan langkah kerajaan untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek itu, seperti yang diumumkan pada Mei tahun ini.
Tender tersebut adalah bagi pelantikan Perunding Tanah Bahagian 4 (S.4) dan Perunding Penilaian Impak Alam Sekitar, Sosial dan Warisan bagi projek HSR KL-SG.
"Hasil rumusan daripada kedua-dua perunding itu akan membentuk sebahagian daripada proses kawal selia seperti yang ditetapkan oleh Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
"Buku kecil Pelan Pengambilalihan Tanah S.4 (Akta 486) serta Penilaian Impak Alam sekitar akan dipamerkan kepada orang ramai semasa proses Pemeriksaan Awam bagi Skim Kereta Api yang dirancang awal tahun depan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata syarikat itu menggalakkan firma tempatan dengan pengalaman relevan untuk menyertai tender tersebut bagi menyumbang kepakaran mereka dan membantu aktiviti pengambilalihan tanah serta penilaian alam sekitar, sosial dan warisan.
"Aktiviti ini merupakan komponen pendahuluan yang kritikal bagi projek itu dan mempunyai impak ketara kepada keseluruhan penyediaan projek HSR KL-SG," katanya.
"Pewartaan S.4 kelebaran koridor 500 meter itu akan memudahkan kerja tambahan bagi projek tersebut seperti penyiasatan tanah dan pemetaan utiliti, yang akan membolehkan penyempurnaan lebih lanjut penjajaran HSR sebelum pengambilalihan tanah.
"Sementara itu, penilaian alam sekitar, sosial dan warisan yang dirancang, akan mengenal pasti potensi reseptor sensitif sepanjang koridor projek dan langkah-langkah mitigasi akan dicadangkan bagi meminimumkan impak alam sekitar, sosial dan warisan," katanya.
MyHSR Corp yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) diperbadankan pada 2015 di bawah penyeliaan Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
Bagi maklumat lanjut, syarikat yang berminat boleh melayari laman web MyHSR Corp di http://www.myhsr.com.my/tenders/kl-sg-hsr-project.
--BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020

Tender tersebut adalah bagi pelantikan Perunding Tanah Bahagian 4 (S.4) dan Perunding Penilaian Impak Alam Sekitar, Sosial dan Warisan bagi projek HSR KL-SG. - Gambar fail/www.myhsr.com.my

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Fokus RMK-12 di landasan yang tepat - MyHSR Corp
Strategi mengutamakan projek-projek infrastruktur yang penting untuk kesejahteraan rakyat sememangnya amat diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.

Kajian akan dilaksanakan, lihat opsyen terbaik ganti HSR KL-Singapura
Kerajaan dijangka membentangkan cadangan projek baharu dalam tempoh enam bulan.

Pampasan HSR: Singapura belum hantar tuntutan kepada Malaysia
Kerajaan tidak mendedahkan jumlah pampasan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kerana Singapura belum menyerahkan tuntutan kepada Malaysia.

MyHSR Corp lancar tender lantik perunding
Ini selaras dengan langkah kerajaan untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek itu, seperti yang diumumkan pada Mei tahun ini.

UTHM tekad menjadi peneraju kerjasama dengan industri rel
ICoE-Rel yang ditubuhkan di bawah seliaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk membantu transformasi pengangkutan keretapi.

HSR KL-Singapura bakal wujudkan 7 bandar besar di Malaysia
Projek itu bakal menarik pelaburan ke Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, Sepang dan Bandar Malaysia, yang menjadi lokasi stesen-stesen kereta api laju itu.

Projek HSR: Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar dipamer mulai esok
Orang ramai diminta untuk memberi maklum balas dan komen berdasarkan penelitian mereka terhadap laporan EIA itu sebelum 9 Feb, 2018.

HSR buka bidaan syarikat usahasama kendali aset
Tempoh bidaan dibuka sehingga 29 Jun 2018 termasuk menyerahkan kertas cadangan kepada MyHSR Corp dan SG HSR.