KUALA LUMPUR: Pertimbangan negara mana yang akan menjadi tuan rumah Tabung Kewangan Asia (AMF) bergantung kepada kesepakatan negara-negara di rantau Asia yang terdiri daripada 68 negara, kataTimbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata penubuhan AMF buat masa ini masih pada tahap cadangan dan dilihat sebagai langkah penting dalam mengukuhkan kewangan serantau dan menjadi platform bantuan negara yang terlibat krisis.
"Saya hadir mesyuarat Bank Pembangunan Asia (ADB) di Incheon, Korea Selatan pada Mei dan memahami bahawa apakah tugas ADB dan bagaimana kesukaran dan cabaran untuk menubuhkan AMF," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu adakah Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pengurusan tatakelola AMF dan peranan Malaysia dalam perancangan AMF.
Ahmad berkata pada masa ini, fokus negara adalah untuk melibatkan kerjasama antara negara Malaysia dan negara-negara lain untuk menambah baik mekanisme sedia ada dan melakukan kajian lebih mendalam.
Katanya antara inisiatif yang telah diadakan bagi mengukuhkan keupayaan negara dan meningkatkan keyakinan negara-negara Asia terhadap potensi ekonomi negara dalam rantau Asia termasuk Inisiatif Multilateralisasi Chiang Mai selaku pengaturan pertukaran mata wang antara negara-negara Asean+3 (Asean, China, Jepun, Korea Selatan),
Dalam soalan tambahannya, Mohd Hisamudin juga ingin tahu hala tuju penggunaan mata wang dua hala bagi menggantikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang dagangan utama untuk membiayai perdagangan serta pelaburan antarabangsa dalam kalangan negara Asean.
Menurut Ahmad, pada peringkat Asean, Malaysia juga melaksanakan pengaturan Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan bersama-sama Indonesia dan Thailand untuk memudahkan negara terlibat menggunakan mata wang tempatan untuk transaksi dua hala melibatkan perdagangan dan pelaburan.
Menurutnya, menerusi kerjasama ini penyelesaian perdagangan menggunakan mata wang renminbi China, baht Thailand dan rupiah Indonesia kini masing-masing sebanyak 16 peratus, 16.1 peratus dan 16.6 peratus daripada keseluruhan penyelesaian perdagangan.
Pada 2022, Gabenor Bank Pusat Asean melalui Deklarasi Peningkatan Kesalinghubungan Pembayaran Serantau dan Penggalakan Transaksi Mata Wang Tempatan telah bersetuju menggalakkan lagi penggunaan mata wang tempatan untuk transaksi ekonomi dan kewangan dalam kalangan negaraanggota Asean, katanya.
"Ini merupakan langkah awal untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS danmeningkatkan lagi kestabilan kewangan serantau.
"Negara-negara serantau akan terus meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mekanisme dari semasa ke semasa supaya kestabilan ekonomi dan kewangan serantau terus terjalin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Ahmad berkata, penubuhan AMF buat masa ini masih pada tahap cadangan dan dilihat sebagai langkah penting dalam mengukuhkan kewangan serantau. - Gambar/ Bernama

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Negara jadi tuan rumah Tabung Kewangan Asia bergantung kesepakatan - Ahmad Maslan
Pertimbangan negara mana yang akan menjadi tuan rumah Tabung Kewangan Asia (AMF) bergantung kepada kesepakatan negara-negara di rantau Asia yang terdiri daripada 68 negara.

PM Anwar bangkitkan semula idea Tabung Kewangan Asia
Anwar mencadangkan agar AMF disemak untuk memasukkan negara seperti China, Jepun dan Korea Selatan.

Asia perlukan pertumbuhan dagangan, sistem monetari sendiri - IQI Global
Tindakan AS membatalkan layanan keutamaan terhadap 15 negara termasuk Malaysia, baru-baru ini, telah mengejutkan ramai kalangan pembuat keputusan.